
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengalu-alukan tindakan tersebut supaya ahli-ahli PAS "beringat dan berhati-hati. ""Sila, sila... saya buka pintu 24 jam. Dari segi keselamatan kalbu kita, perlu ada keterbukaan.ujar Tok Guru.
"Orang beringat, barulah orang ini berhati-hati. Kalau tutup sana sini, orang jadi muak dan tiada rasa penyesalan.
"Dalam parti sendiri saya sokong ada pertandingan, " katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak di sini, hari ini.
Sebelum ini Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan parti itu bebas rasuah.
"SPRM bebas untuk masuk campur dalam hal ini dan kita sedia untuk disiasat, PAS tidak takut dan kita tidak menyembunyikan sesuatu," katanya.
Isu politik wang menjadi perhatian ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi sebelum ini yang mendakwa wujudnya budaya tersebut dalam parti itu menjelang muktamar tahunan.
Malah awal minggu ini, Daud dipanggil oleh Jawatankuasa Harian PAS pusat supaya memberi penjelasan berhubung kenyataannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan