
Telah banyak ujian yang diharungi Pas sepanjang pengelibatannya dalam dunia Politik Malaysia. Pemimpin dan penyokong Pas telah lali dengan berbagai agenda jahat yang dilakukan terhadap mereka. Sejak dahulu kita menyaksikan petani-petani Pas dinafikan pengagihan baja subsidi oleh pihak kerajaan, projek-projek pertanian difaraidkan sesama pemimpin Umno. Perlantikan jawatan-jawatan kampung dan Masjid dipilih dikalangan ahli-ahli Umno,Anak-anak orang Pas digugurkan daripada senarai layak menerima biasiswa kerajaan. Ustaz-ustaz Pas dihalang daripada menyampaikan khutbah atau kuliah di Masjid-masjid. Kakitangan kerajaan yang dilihat menyokong Pas akan diposting kewilayah dan daerah terpencil serta disekat kenaikan pangkat mereka. Pemimpin-pemimpin Pas sentiasa diintai oleh ISA. Mereka akan diangkut ke kemunting dengan alasan mengancam keselamatan Negara. Pas difitnah bertubi-tubi melalui akhbar dan TV yang dihak milikkan kepada UMNO. Pendek kata sebutlah apa jenis ujian yang belum Pas hadapi. Bermula daripada usaha menyekat subsidi hinggalah kepada ISA dan seterusnya "pembunuhan", seumpama kes Samad Gol, Lubuk Merbau dan Memali. Hatta sehingga Pas yang telah berjaya meguasai dua kerajaan Negeri pun masih di buli oleh UMNO selaku Kerajaan Pusat.
Apa yang saya sebutkan itu adalah senarai pendek ujian yang dihadapi Pas dari Luar. Manakala ujian dari dalam terus berlaku dari masa ke semasa. Samaada dilakukan oleh "orang luar"yang "menyusup kedalam" atau kerana kelemahan "orang dalam" yang tergiur dengan janji-janji "orang luar" sehingga mereka sanggup memecahbelahkan saf jamaah mereka sendiri. Al-Hamdulillah. Oleh kerana dasar perjuangan Pas ini adalah Al-Quraan, maka Allah akan tetap memelihara Pas sebagaimana Allah memelihara Al-Quraan daripada sebarang penambahan dan pengurangan. Tetap akan ada para huffaz yang menyedari usaha-usaha meminda Al-Quraan. Begitulah juga tetap akan ada Pimpinan atau ahli Pas yang menyedari adanya usaha-usaha yang tidak jujur dalam Pas. Bersyukurlah... Allah sayangkan jamaah ini, maka kita sayanglah apa yang disayangi Allah.
Walaupun kita sentiasa dibantu Allah melepasi berbagai ujian, namun sentiasalah berwaspada. Berwaspada terhadap Nafsu, Dunia, Syaitan dan Manusia. Berwaspada bukan bermakna berburuk sangka, tetapi berwaspada bermakna usaha memelihara jamaah daripada diperdaya. Terpedaya dengan nafsu kita akan tergelincir dari jalan Allah. Terpedaya dengan dunia kita akan lalai dan leka, terpedaya dengan syaitan kita akan melupai Tuhan dan perjuangan, terpedaya dengan Manusia kita akan binasa. http://ustazmokhtar.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan