SELAMAT DATANG

Khamis, 23 Julai 2009

CORETANKU

Terima kasih kepada para pengunjung sekelian yang sudi dan setia menjengah blog ana yang tak seberapa ini. Maaf kepada semua kerana blog ini tak dapat di update selama 4 hari ana di Manek Urai. Ana berada di UPU Lata Rek kawasan yang tiada coverage. sekembali ana dari Kelantan, ana mengalami masalah perut yang hingga kini masih lagi belum sembuh sepenuhnya........

Ana terpaksa berulang alik masuk wad kecemasan selama 3 hari berturut-turut di hospital Putrajaya dan hospital Serdang. Untuk makluman, perkhidmatan hospital kerajaan ini amat mengecewakan. Ana akan tulis bagaimana keadaannya......sehingga kini ana tak tahu apa jenis penyakit ana ni. Walau apa pun ana sangat bersyukur mempunyai sahabat yang sudi manangis bersama ana, bersengkang mata berjaga sehingga subuh manunggu ana yang sedang dirawat. Terima kasih Sdr Harun Nayan dan Ustaz Mashadi bertungkus lumus membawa ana kemana sahaja hingga sampai ke Pulau Indah. Akhirnya hasil usaha mereka berdua alhamdulillah setelah 4 hari menderita tak dapat membuang air besar dan tak dapat melelapkan mata pada malam ini ana dapat tidur dan membuang air besar. (Maaf)

Ana juga mengambil kesempatan di sini memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan ceramah israk mikraj di beberapa surau dan masjid yang terpaksa digantikan penceramah pada saat-saat akhir, walaupun mereka telah berbulan telah mengundang ana. Ana tahu, ini menyulitkan pihak pengurusan, namun apakan daya, Taqdir mengatasi tadbir.

Begitu juga mesyuarat Dewan Harian Pas Wilayah Persekutuan semalam di Pejabat Badan Perhubungan ana tak dapat hadir. Ana melepaskan Jawatan Ketua Lajnah Ekonomi dan akan menumpukan Dana Perkasa yang ana tubuhkan 2-3 tahun yang lalu untuk menembah dana Pas Wilayah. Sekiranya dipanjangkan umur ana akan berusaha sehingga mencapai objektif Dana Perkasa yang telah dipersetujui. Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat amat diperlukan.

Walaupun begitu, pada hari ini ana gagahkan diri untuk menjengah blog ana ini dan menulis cerita ini. Ana berharap janganlah ada yang pernah mengunjungi blog ana ini tidak sudi lagi menjengahnya. Ana harap segala yang ana paparkan dalam blog ana ini selepas ini menjadi sumber maklumat dan informasi buat para sahabat sekelian.

Terima kasih di atas segala kritikan dan pujian,sesungguhnya ana bukanlah seorang yang arif dan mahir dalam bidang blog, IT. Tetapi ana dengan sedaya upaya menyempurnakan blog ana dengan tunjuk ajar sahabat ana Bidin. Akhirnya makin berseri dan ceria blog ini kini... Syukur Alhamdulillah, pengunjung semakin bertambah dari hari ke hari, ana arap segala yang baik dapat kita kongsi, dan renung bersama... yang buruk dapat jadikan sempadan dan teladan buat kita InsyaAllah.. ana sentiasa bersedia menerima pandangan dari semua yang melayari blog ana.
Ana harap blog ini juga dapat menjadi jambatan kepada sahabat-sahabat untuk mengenengahkan maklumat dan juga idea sahabat sekelian. Kotak emeil ana sentiasa menanti maklumat dan idea sahabat-sahabat. Akhir sekali doakan kesejahteraan dan kesihatan ana untuk terus berjuang dan menyediakan blog yang terbaik untuk tatapan kita semua. InsyaAllah...........




Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails