SELAMAT DATANG

Rabu, 2 September 2009

JAKIM & JAWI Halang Jemaah Bersembahyang di Masjid Baru Alam Damai

Setelah lebih 10 tahun menghuni di perumahan Alam Damai Cheras, barulah pada tahun 2009 penduduk dapat beribadat di sebuah Masjid yang baru, luas serta indah.

Masjid tersebut telah mula digunakan untuk bersembahyang Jumaat pada 21 Ogos 2009 iaitu sehari sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pada malam itu juga sembahyang Terawikh dilangsungkan.

Dari sejak hari pertama digunakan sampailah kehari ini maka ramailah jemaah yang datang beribadah bukan sahaja dari Alam Damai tetapi juga dari kawasan di sekelilingnya.

Walaupun Masjid yang belum diberikan nama rasmi tersebut belum siap sepenuhnya, namun bagi mereka yang menceburi bidang pembinaan merasakan ianya telahpun layak untuk mendapat Cerrtificate of Practical Completion (CPC) dan Sijil Layak Menduduki. Lagipun sambungan letrik dan air semua telah disempurnakan. Saya pernah terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan dimana pada tahun 1993 sebahagian daripada pakej Wilayah Selatan di negeri Johor telah dibuka kepada pengguna walaupun kurang daripada 80% siap. Yang penting pada masa itu adalah lebuhraya utama telap siap walaupun kemudahan asas dan aksesori lain saperti parit, pagar, jalan serta jambatan sisir dan lanskap belum siap dengan sepenuhnya.BAWAH ADA LAGI.....

Pada pendapat saya, tahap siap Masjid Alam Damai adalah jauh lebih baik dari itu. Sila lihat kepada lampiran foto yang diambil selepas sembahyang Maghrib pada 21 Ogos 2009.

Tetapi dengan secara tiba-tiba, kami mendapat berita bahawa pihak JAKIM / JAWI dengan alasan tertentu telah memberi amaran kepada ahli jawatankuasa sementara supaya Masjid tersebut ditutup daripada digunakan dengan serta merta. Saya amat berasa simpati kepada ahli-ahli jawatankuasa, Imam, Khatib dan bilal yang telah memberi perkhidmatan secara sukarela tanpa diupah untuk tujuan beibadah kepada Allah S.W.T. semata-mata. Mereka telah diberi amaran berunsur ugutan daripada pihak JAKIM /JAWI saperti akan di penjara untuk tempoh tertentu kerana telah melanggar perintah DYMM Yang DiPertuan Agong. Sedap betul mereka menggunakan nama DYMM untuk justify pemikiran mereka yang sempit. Seolah-olah tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia, dan bukannya di Israel atau di negara-negara bukan Islam yang lain.

Salahkah kami untuk bersembahyang jemaah fardu 5 waktu, Jumaat dan Terawikh di Masjid Alam Damai? Kenapa pihak JAKIM / JAWI menghalang umat Islam beribadat kepada Allah S.W.T. di Masjid tersebut?
Bukannya ada unsur-unsur lain yang kami jalankan tetapi semata-mata untuk beribadah sahaja.

Adakah JAKIM / JAWI lebih takut dengan Birokrasi ciptaan manusia daripda perintah Allah sendiri. Sekiranya faktor insuran dan keselamatan yang dibimbangkan oleh mereka, maka kenapa tidak diselesaikan isu CPC atau Sijil Layak Menduduki dengan segera. Sekiranya pihak kontraktor tidak dapat menyerahkan kesemuanya tetapi mengapa tidak diambil sebahagian daripda bangunan Kompleks Masjid yang telah siap? Seterusnya buatlah akur janji dengan pihak kontraktor untuk memanjangkan tempoh liability kecacatan bangunan ke tempoh yang dipersetujui bersama.

Banyak lagi cara penyelesaiannya bagi undang-undang ciptaan manusia sekiranya ada usaha untuk kejalan itu. Tidakkah pihak JAKIM / JAWI melihat berita di TV di mana jemaah-jemaah di negara lain yang masih bersembahyang di Masjid-Masjid yang hampir musnah disebabkan peperangan atau bersembahyang di atas bas, kapal dan keretapi berhenti, di tepi jalan raya yang sibuk dengan lalu lintas, di lorong-lorong pejalan kaki dan sebagainya. Mengapakah isu-isu keselamatan tidak ditimbulkan di negara-negara tersebut? Kitapun tidak payah pergi jauh, contohnya pun ada di Malaysia iaitu keadaan jemaah bersembahyang di lorong-lorong pejalan kaki semasa sembahyang Jumaat di Masjid India, KL.

Apakah pihak JAKIM / JAWI telah buat sekiranya faktor keselamatan di beri keutamaan. Soalan akhir yang saya hendak tujukan kepada pihak JAKIM / JAWI iaitu mengapa sibuk hendak menghalang jemaah daripada bersembahyang di Masjid tetapi apakah tindakan yang telah mereka ambil terhapap orang Islam yang tidak bepuasa di siang hari di Bukit Bintang dan orang Islam yang meminum arak di Kelab Malam Ekslusif?


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails