SELAMAT DATANG

Jumaat, 25 September 2009

Kedah timbang buka terusan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersetuju menimbang cadangan penduduk Yan untuk membuka semula Terusan Wan Mat Saman bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak berkenaan untuk mengkaji keperluan membuka semula terusan itu.

“Kita sudah bincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menangani isu banjir di daerah tersebut dan antaranya mengenai keperluan membuka semula terusan itu,” katanya.

Azizan berkata, peranan terusan itu suatu masa dahulu amat penting bagi mengairi sawah padi selain mengawal banjir, dan pihaknya akan cuba menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Saya percaya JPS akan bertindak segera sebab mereka mempunyai peruntukan untuk mengatasi masalah banjir, termasuk peruntukan Projek Pembangunan Koridor Wilayah Utara (NCER) yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri prihatin dengan kesan yang terpaksa dihadapi penduduk akibat banjir di kawasan berkenaan kerana banyak tanaman musnah dan menyebabkan kerugian kepada penduduk.

“Kita akan bincang dan atasi masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Yan mendakwa sejak Terusan Wan Mat Saman ditutup daripada menyalurkan air dari kawasan sekitar Gurun dan Yan, masalah banjir mula berlaku dan semakin kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berikutan itu, penduduk menggesa supaya terusan itu dibuka semula sebagai usaha menangani masalah banjir di kawasan terbabit.



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails