SELAMAT DATANG

Jumaat, 25 September 2009

Siapa Kata Angkatan Tentera Tidak Akan Menyokong Pas?



Sekiranya ada yang berpendapat bahawa, Pas sebuah Parti Islam yang bertanding di Bagan Pinang akan menemui maut kerana majoriti undi Pos datangnya daripada Angkatan tentera, itu adalah satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan (Dengan segera). Jika masih ada yang beranggapan bahawa angkatan tentera menolak perjuangan Islam dan tidak akan mengundi calon Parti Islam, itu adalah tidak benar. Pandangan sebegitu sudah ketinggalan dan terkebelakang.


Angkatan tentera merupakan perwira negara dibarisan nombor satu yang paling kuat mengamal dan memperjuangkan kesucian islam dengan penuh berakhlak. Jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan lain dalam kerajaan, angkatan tentera layak dklasifikasiakn sebagai sumber modal insan penjana kecemerlangan kerohanian.

Ini terbukti dengan tertubuhnya Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) pada 16 April 1985. Kalau tidak kerana tanggungjawab yang tersemat dikalangan tentera untuk memertabatkan Islam, masakan kor yang ke-16 di dalam Tentera Darat Malaysia ditubuhkan.

Dengan mengamalkan penghayatan nilai-nilai agama dengan penuh berakhlak di kalangan Angkatan Tentera Malaysia yang meliputi Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia, mereka kekal sebagai perwira setia disetiap sanubari warganegara.

Perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan negara sentiasa segar mekar seiring dengan semangat, kesedaran dan iltizam untuk meninggikan syiar dan penghayatan Islam.


Apa yang memperkukuhkan semangat perjuangan tentera?

Hanya tentera yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa sahaja akan berjaya memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian dan kekentalan kekuatan tempur. Dan itulah yang terdapat pada tentera kita. Malah jika dihalusi di dalam pentadbiran ketenteraan negara, penghayatan nilai-nilai islam sentiasa dipantau supaya ianya sentiasa dipatuhi dan dipraktikkan di semua peringkat dalam ATM.

Terdapatkah mana-mana jabatan kerajaan yang lain selain daripada ATM yang mengamal dan mengadakan aktiviti seperti berikut ini:


Kursus Asas Fardu Ain
Seminar Kefahaman Islam
Nadwah Kepimpinan Islam
Kelas Bimbingan Khas dan Terbuka
Bimbingan dan Kaunseling
Penerbitan Buku dan Risalah
Kursus Penghayatan Islam
Tilawah Al-Quran
Penyelidikan Islam
Pembangunan Sistem Maklumat Islam dan Tenaga Manusia
Pentadbiran Keagamaan, Urusan Zakat, Haji dan Undang-Undang Islam

Jawapannya TIADA.

Kesungguhan dalam memertabatkan Islam kalangan angkatan tentera tidak terhenti apabila mereka tamat perkhidmatan. Ini terbukti apabila Hj. Md Anizam Abd. Rahman, seorang bekas tentera berpangkat MEJ (B) merupakan ADUN N28, Kemahang dan kini memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kerajaan Islam yang dipimpin Tok Guru Menteri Besar Dato’ Nik Aziz di Kelantan.

YB Mejar Md Azizan bukan sahaja diterima rakyat malah juga diterima oleh kerajaan. Kerana apa? Bukankah itu kerana memperjuangkan Islam?

Disiplin dan ketokohan serta wibawa yang diwarisi YB Mejar semasa menjadi angkatan terntera dahulu tidak canggung dipraktikkan kini. Malahan tidak keterlauan jika dihebahkan di sini bahawa keseluruhan bahagian keselamatan Pas Kelantan dianggotai oleh bekas angkatan tentera dan diterajui YB yang begitu tangkas bersilat Mejar Md Anizam.

Penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan tentera menjadikan mereka sebagai manusia yang memiliki ketinggian akhlak, sikap dan sifat setiakawan (esprit de corps) di samping memahami erti kata sebenarnya tentang apa itu perkhidmatan tentera selaras dengan pandangan dan tuntutan Islam.

Kata orang, kalau askar tu bersara diterima oleh rakyat terbanyak dan juga berpeluang untuk mejadi wakil rakyat. Bekas-bekas Fru tu, polis ke jadi apa? Inilah nilai keperwiraan milik tentera kita yang tidak kedapatan pada mana-mana anggota kerajaan yang lain termasuk SPR dan inilah yang membanggakan rakyat. Selamatlah Bumi malaysia Kerana Budimu Perwira, Berdaulatlah Islam Kerana Taatmu. Tentera Rakyat Malaysia.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Sebagai seorang bekas anggota TLDM berpangkat Pegawai Waran 1 sebelum bersara, saya terpanggil untuk memberi pandangan suasana politik dikalangan anggota dalam perkhidmatan dan yang telah bersara.
Sememangnya kedudukan ekonomi dikalangan anggota yang masih berkhidmat tidak begitu stabil dan ramai anggota yang menanggung bebanan hutang termasuk along.Kehidupan mereka terutama lain-lain pangkat tidak seperti penjawat awam lain yang berpeluang menambah pendapatan melalui kerja-kerja sampingan dan tidak dibenarkan sama sekali bagi anggota tentera. Kadar gaji yang masih rendah yang diterima jika dibandingkan dengan negara-negara sedang membangun amat jauh bezanya.Anggota yang berkahwin yang berkelamin juga perlu membayar kos api air,serta kos-kos hidup yang lain seperti penjawat awam lain.Anggota tentera tidak boleh bersuara menuntut apa-apa yang tidak puas hati.Mereka terpaksa pendamkan dalam hati.Anggota tentera tidak boleh luahkan perasaan ketidakpuasan mereka.

Semasa pilihanraya semangat anggota tentera untuk mengundi berbelah bagi,kerana apa yang mereka dapat setelah mengundi. Calun-calun (ADUN) yang menang pilhanraya tidak berkhidmat untuk mereka.Anngota tentera yang memerlukan bantuan kebajikan atau masalah kehidupan lain tidak boleh menemui wakil rakyat yang mereka undi .Mereka terpaksa melalui saluran tertentu (proper channel) melalui Kementerian Pertahanan. Dalam ertikata lain mereka mengundi kerana terpaksa dan untuk kepentingan parti tertentu.
Jadi disini timbul tanda tanya untuk apa mereka mengundi.Mungkin hanya untuk kepentingan sesuatu politik sahaja.Semasa pilihanraya mereka tertekan untuk memilih calon pilihan sebenar,memandangkan prosedur undi pos boleh mendatangkan kemudaratan pada kerjaya mereka, dan mereka berpendapat undinya mudah dikesan melalui borang 2.Undi yang pembangkang terima dalam setiap undi pos tentera kebanyakkan dari isteri dan keluarga anggota tentera.Dalam pengalaman saya semasa berkhidmat undi suami isteri satu untuk kau...dan satu untuk aku..(1BN dan 1 pembangkang).Perlu diingat calon-calon yang menang kerana undi pos sememangnya bukan kerana kredibiliti calon sebagai contohnya di Dun Pangkor, 70 peratus adalah undi pos TLDM.
Untuk Bagan Pinang, PAS boleh memperolihi undi yang maksimum dari anggota tentera sekiranya dapat menyakinkan anggota tentera bahawa setiap undi mereka adalah rahsia dan tidak diketahui oleh sesiapa.Jentera PAS hendaklah menyarankan kepada SPR prosedur mengundi hendaklah sama saperti pengundi lain dan hapuskan prosedur borang 2 maupun kertas-kertas undi yang perlu dimasukkan didalam sampul surat.

Semasa persaraan ,anggota tentera mula bebas menceburi politik,dikalangan persara-persara tentera 80 peratus mula menyokong pembangkang.Pertama kerana langsung tiada kebajikan untuk mereka selepas bersara.Lebih-lebih lagi anggota tentera yang tidak berpencen yang kehidupannya tidak tentu hala.Begitulah selagi Pengerusi Bekas tentera tidak menjaga kebajikan anak-anak buahnya dan menceburi politik malah beliau sendiri menjadi calon BN dan beliau kalah teruk dalam pilihanraya. Sekiranya salah apa yang saya katakan ini,cubalah letakkan Pengerusi Bekas ATM sebagai calon mewakili BN di Bagan Pinang. Untuk PRK Bagan Pinang, parti yang mempunyai strategi yang mantap akan menang selesa,terutama sekali menyakinkan para anggota tentera bahawa setiap undi mereka adalah rahsia,dalam ertikata lain tidak diketahui oleh pihak Kementerian Pertahanan yang boleh mengugat kerjaya mereka. Sekian

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Topik perbincangan adalah UNDI POS dan bukannya sokongan tentera untuk siapa.

Jika seluruh anggota tentera mengundi PAS sekalipun tetapi UNDI POS tetap UNDI POS, undi itu tetap bukan untuk PAS.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails