
Dalam kes Tan Sri Isa Samad, menunjukkan bagaimana seorang yang sudah disabit dengan kesalahan rasuah oleh UMNo sendiri boleh "dihidupkan balik" dan menjulang piala kepimpinan dan menjadi Yang Berhormat. Silap-silap haribulan MB Negeri Sembilan pun bungkus nanti, kerna nafsu politik tidak pernah kenal kepuasan dan tiada batasan. Saya cukup yakin Tan Sri Isa Samad sudah tentu mempunyai keinginan menduduki semula kerusi empuk MB Negeri Sembilan jika berpeluang.
Dalam kes Dato Seri Ong Tee Keat, seorang yang berprinsip, dikenali sebagai Mr. Clean, anti rasuah dan melancarkan "perang" terhadap rasuah dalam isu PKFZ sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Mnteri Pengangkutan. Tindakan tegas beliau dalam isu PKFZ telah menyentuh banyak "poket" dalam UMNo dan Be End. Jadi OTK sudah tidak serasi dalam strktur UMNo dan Be End. Dan untuk melengkapkan agenda keruntuhan UMNo/ Be End, seorang pemimpin saperti Dato Seri Chua Soi Lek boleh dinobatkan semula kedalam MCA.
Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka.
Kepada Dato Seri Ong Tee Keat, saya mengajak beliau menyertai kami. Mari kita bersama memerangi rasuah, salahguna kuasa dan membina masyarakat dan negara Malaysia yang mendaulatkan hak dan ketuanan rakyat.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad 21 Syawal 1430 / 11 Okt 2009
New York
Tiada ulasan:
Catat Ulasan