SELAMAT DATANG

Sabtu, 17 Oktober 2009

Rumah terbuka PAS Kawasan PUTRAJAYA

16 Oktober 2009 (PUTRAJAYA) - PAS Kawasan Putrajaya telah mengadakan rumah terbukanya kali ini di hadapan Pejabatnya di Presint 15 (Diplomatik) dengan diserikan tetamu utamanya yang hadir ialah Tuan Hj Mohamad Noor bin Muhammad Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Hampir seramai 1,000 orang telah hadir dari pelbagai kaum disekitar kawasan berhampiran yang telah disambut oleh pimpinan utama iaitu Ustaz Mohamad Nazir Zakaria Yang DiPertuanya dan seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

"Sambutan dan kehadhiran tetamu kali ini amat menggalakkan dan yang paling penting kehadiran penduduk Putrajaya hampir 95%, tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Ini adalah tahun kedua PAS Putrajaya mengadakan Rumah terbuka Aidulfitri disini". Ujar Ustaz Mohamad Nazir Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya.

"Tahun lepas kali pertama kita mengadakn sambutan rumah terbuka di sini, kehadiran juga menggalakkan tetapi penglibatan penduduk hanya sebahagiannya sahaja, mungkin masih takut-takut kelibat mereka diketahui oleh majikan mereka. tapi Alhamdulillah tahun ini mereka mungkin dah berani menampilkan diri dalam progran anjuran PAS. Esok (Sabtu) pagi kita mengakan program dwi mingguan kuliah Usuluddin pimpinan Ustaz Mashadi Masyuti, minggu-minggu yang lepas pelibatan penduduk amat menggalakkan, dan ini insyaAllah merupakan tanda awal bahawa PAS semakin kukuh di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini". Ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Seperti tahun-tahun yang lepas kali ini hidangan yang disumbangkan oleh AJK Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan juga Nisa' Putrajaya. Antara hidangannya ialah satay, lontong, nasi impit, bihun sup, bihun goreng, lemang ketupat pulut, rendang dan lain-lain. "Saya bagi pihak Jawatankuasa PAS kawasan juga dikesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dalam menjayakan Rumah terbuka PAS kawasan dan diharap mereka tidak jemu dalam menyumbang demi keterusan perjuangan" kata Pengarah Program Sdr Ahmad Roshidi Wahab yang juga Setiausaha PAS Kawasan Putrajaya.


GAMBAR SEKITAR MAJLIS









Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails