SELAMAT DATANG

Ahad, 15 November 2009

Polis Kenalpasti Wajah Penyokong Kelantan Bakar Kerusi

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenalpasti penyokong bola sepak Kelantan yang menimbulkan kekecohan dengan bertindak liar ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 7 November lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata individu yang dikenalpasti terlibat dalam insiden itu akan diambil tindakan lanjut setelah butiran identiti kesemua mereka diperoleh.

"Kami sedang meneliti dan menyiasat wajahwajah individu yang didapati bertindak ganas pada malam itu melalui rakaman video serta gambar yang diperoleh.

"Wajahwajah mereka sudah dicam dan kami sedang mengumpul butiran identiti kesemua mereka yang dipercayai terlibat itu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri 'Jom Memasak bersama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Adabi di Balai Polis Alam Damai di sini hari ini.

Beliau berkata satu senarai nama akan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan setelah siasatan selesai bagi menjejaki individu yang dikenalpasti terlibat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah individu yang sudah dikenalpasti, tetapi sekadar menyatakan bilangannya 'ramai'.

Perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-83 itu dicemari insiden membakar tempat duduk stadium dan kain rentang selain membaling mercun dan botol air selepas Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan 3-1. BERNAMA



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails