
“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.
“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi
Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.
“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.
1 ulasan:
Sememangnya diakui wujudnya konspirasi ingin menjatuhkan TGNZ dan seterusnya kerajaan Kelantan dan saya tidak nampak pentingnya wujud konspirasi untuk menjatuh Datuk Husam Musa.Apa yang berlaku sekarang seolah olah 'Open Fire' untuk satu sasaran sahaja iaitu TGNZ oleh pihak-pihak tertentu. Tidak nampak satu orang pun dikalangan pemimpim PAS maupun Exco kerajaan Kelantan yang bermati matian menyelamatkan TGNZ apabila diserang begitu rupa. Apabila jatuhnya TGNZ maka dengan sendirinya akan lenyap lah kerajaan PAS kelantan pada Pilihanraya akan datang.Dalam hal ini TGNZ perlu bertindak tegas demi menyelamatkan pemerintahan PAS di Kelantan dengan menggugurkan siapa saja maupun dikalangan EXCO sendiri yang terbukti menjadi duri dalam daging.Harap Dato Husam dapat dedahkan siapakah pihak luar yang dimaksudkan beliau. Kita juga tertanya-tanya sekiranya TGNZ jatuh,siapa pula yang bakal menggantikannya.Percaturan politik PAS sejak kebelakangan ini telah menyamai taktik yang dilakukan oleh pihak UMNO. Usah di kambing hitam orang lain, kerana taktik begitu telah laput dan mudah dibaca. wallahuallam..Lye Pgeng.
Catat Ulasan