Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan
Pemuda dan Pemudiku,

Jika kita kata sahabat baik kita, guru-guru kita, pemimpin kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita.
Tetapi apabila sahabat baik kita, telah melakukan perkara yang menyebabkan hilang kepercayaan kita kepadanya. Maka ia akan disebut hilang "thiqah".
Begitulah juga, kepada mereka yang lain, thiqah itu boleh ada dan thiqah itu juga boleh hilang disebabkan tindakan, percakapan, gaya dan sebagainya.
Oleh itu, untuk memaksa ahli "thiqah" kepada Aris Awang sebagai Setiausaha PAS Kawasan adalah mustahil, kecuali Aris Awang sendiri berusaha membina ciri-ciri "thiqah" atau ""orang yang dipercayai" untuk dirinya sendiri.
Mengapa ia dikatakan sampai ketahap mustahil?
Ini adalah disebabkan kepercayaan atau thiqah itu terbit dari hati ahli. Jika ahli melihat bahawa kamu Aris Awang sudah tidak boleh lagi dipercayai, maka akan hilanglah thiqah mereka kepada kamu.
Oleh itu, pembinaan kepercayaan ahli (pengikut) adalah amat penting kepada kamu seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw sepanjang kehidupannya kepada para sahabatnya.
Thiqah akan menyala dengan automatik apabila suisnya ke atas dan thiqah akan terpadam secara automatik apabila suisnya ke bawah.
Pemuda dan pemudiku....
Marilah kita sebagai kepimpinan besar, pertengahan atau sekurang-kurangnya pemimpin kepada kucing di rumah kita berusaha meningkat "thiqah" atau menjadi "orang yang dipercayai" dalam jamaah dan kehidupan yang singkat ini.
1000 tahun di dunia ini adalah bersamaan 1 hari di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan