Oleh Halik Zaman, Entabuan Tenom
Perlukah saya bilang sahaja inilah "hadiah kemerdekaan" bersama Barisan Nasional selama 47 tahun merdeka bersama Malaysia? Hadiah gubuk gubuk buruk untuk rakyat dikampung Entabuan Tenom?

Mana mungkin saya boleh berbohong kalau buktinya ini:-
Rumah Orang Sabah ni... Syafie Apdal hang Buta ka
Bila Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang sahaja Musa Aman umumkan berbillion peruntukan untuk membuat perumahan miskin tegar. Kalau tidak silap ADUN BN Kemabung Tenom Robin Balang adalah Pengerusi Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Perlimen YB. Raimie sendiri anak jati Tenom, kenapa tidak turun padang melihat penderitaan rakyat? Apa sudah jadi dengan peruntukan perumahan miskin tegar?
Selama Sabah merdeka 47 tahun yang lalu tidak mampukah Kerajaan UMNO/BN membina rumah rumah rakyat yang dikegorikan sebagai miskin tegar, mustahil! !

Bayangkan kalau ada yang tinggal dirumah begini, apa anggapan anda kepada Kerajaan BN yang sudah memerintah Sabah 47 bagus kah?
Bila PRU rakyat didekati .Setelah menang PRU rakyat ditakuti oleh YB-YB UMNO/BN. Bila menang PRU YB. YB UMNO/BN lari pergi Kota Kinabalu takut berjumpa rakyat. Mungkin takut projek yang dijanjikan di tagih oleh rakyat. Paling sial bagi rakyat kalau alasan YB.YB. UMNO/BN " Nak bercuti dulu gunting rambut dan minta urut ke Hongkong". Biasanya setiap selesai PRU YB-YB UMNO/BN mesti ambil cuti keluar negara.

Kepada orang orang kampung, kalau Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, semua masalah rumah rumah miskin tegar dapat diatasi serta merta dengan syarat berilah kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Kerajaan Pusat. Kita rakyat Sabah harus insaf dan buat perubahan. Perubahan datangnya dari diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan