Pelapor
Ikuti transkrip penuh UCAPAN DATUK MOHD ZAID IBRAHIM DI PEKAN JELI PADA 11 MAC 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Yang saya hormati saudara pengerusi majlis,
Yang Berhormat Salahudin Ayub,
Yang Berhormat Ustaz Abdul Latif, Ketua Pemuda PAS,
Yang Berbahagia Saudara Apandi,
Yang Berhormat Ustaz Abdullah Yaakub,
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Saya merasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sempat bersama tuan-tuan pada malam ini. Inilah pertama kali saya berucap di Jeli. Semasa dalam UMNO dulu pun tak pernah berucap di Jeli, sehingga masa sekarang ni di luar UMNO baru saya datang ke Jeli. Dan saya ucap terima kasih kepada saudara Apandi yang telefon saya untuk memberi sedikit penjelasan.
Saya juga rasa terharu dan terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Lah, dia jamu makan nasik pulak, ikan kelah pulak. Lepas tu ada sambal gapo dio ambo tak ingat dah, pijat, pijat. Seronok betul, pertama kali makan pijat ni, sambal pijat, di Jeli.
Jadi malam ini kita banyak, ramai penceramah, Yang Berhormat Salahudin ada di sini dan sebagainya. Saya juga nak sedikit sebanyak memberi penjelasan mengenai hal-hal yang saya rasa mustahaklah kita rakyat faham.
Pertamanya, saya ni lama dalam UMNO, macamlah wakil rakyat Jeli, Dato Pa ni. Tapi beza dia dengan saya, bila saya tengok kerajaan belot dan bohong, saya berhentilah. Tapi dia terus jugak. Itu beza.
Saya melihat kerajaan kita banyak berjanji. Semasa Pak Lah mintak saya jadi menteri pun, saya tanya dia, “pasal apa Pak Lah nak suruh saya jadi menteri?”. “Oh, kita nak ubah ini, nak buat perubahan, nak buat perubahan, tidak boleh zalim, kita tidak boleh tipu rakyat, kita kena telus, kita kena ada integriti”, dia kata, “kerajaan yang berintegriti, bermaruah, bermoral, kita orang Islam”. Jadi lepas dia kalah 2008 tu saya pun percayalah, lepas kalah teruk 2008 saya percaya. Maka saya terima jadi menteri.
Saya cuba, saya cuba dan sempat jugaklah saya bayar sedikit sebanyak duit pampasan kepada hakim-hakim yang kita pecat dulu. Tapi masa tu bukan main susah lagi, nak bayar duit tu pun banyak tentangan daripada menteri-menteri kabinet, termasuklah Perdana Menteri kita sekarang ni, bukan main tak setuju.
Tapi Alhamdulillah Pak Lah sokong saya, dapatlah bayar sedikit sebanyak. Saya cadangkan kita buat pilih hakim dengan lebih baik. Kita jangan pilih hakim-hakim orang UMNO, kita pilih hakim-hakim yang boleh jadi hakim, seperti yang dituntut dalam Islam, hakim yang adil. Tapi usaha-usaha itu tak sempat saya laksanakan dengan sepenuhnya.
Kerajaan tangkap beberapa orang di bawah ISA, dengan tak ada salah apa, tak tau salah apa. Seorang pemberita wanita, seorang wakil rakyat wanita dan seorang penulis blog, Raja Petra, ISA. Maka masa itulah saya kata, “ini kerajaan tak boleh kita sokong lagi, tak boleh, kerana dia cakap satu dia buat lain”. Maka sebab itulah saya sekarang ni bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, dengan Parti PAS, KeADILan dan DAP.
Tapi peliknya ambo ni banyak ceramah ni jemputan PAS banyak, kebetulanlah agaknya. Tiap-tiap minggu ni orang PAS jemput ambo. Ambo pun terimalah, sebabnya banyak benda kita nak jelaskan, banyak benda kita nak jelaskan, terutamanya kita orang-orang Melayu, orang Melayu Islam. Banyak isu yang dipusing pusing pusing oleh kerajaan ini hinggakan orang Melayu keliru.
Tadi kita dengar soal minyak. Ini pun keliru juga. Bukan yang kita keliru, dia buat rakyat keliru. Sebab dia jahat. Ini orang jahat ni. Tak nak bagi duit kepada rakyat ni orang jahat. Kalau Tengku Razaleigh sendiri kata kena bayar, bayarlah! Apa nak pusing pusing lagi, apa nak pusing?
Tengku Razaleigh tu orang UMNO, menteri masa tu, dia PETRONAS punya pengerusi. Kalau penasihat undang-undang Nik Saghir masa itu kata kena bayar, bayarlah! Itu kerajaan yang ada maruah. Tapi dia pusing lagi, pusing pusing, sebab dia tak nak bayar. Dia tak nak bayar sebab dia nak aniayakan Parti PAS, itu sebabnya. Dia tak apalah rakyat ni, dia bagi duit sikit-sikit dekat pilihan raya, dia rasa rakyat puas hati.
Bagi baja sikit-sikit rakyat puas hati. Bagi kain sarung puas hati. Tapi saya nak menyeru rakyat, kita orang Melayu yang ada maruah ni, kita jangan mudah dibeli la lepas ni. Dia beli pun bukan duit dia, duit kita, apa yang heran. Dia pakai duit kita.
Tapi dia bohong. Awang Adek dengan Dato Pa ni kawan baik ambolah. Tapi kalau dia bohong tu kita kena cantas dialah lepas pada ni. Awang Adek, di mana ni, dia berucap minggu lepaslah, dia kata, “wang ehsan dengan royalti ni serupa jah, serupa”. Dia kata, “serupa”.
Lepas tu lawyer UMNO kelmarin kata, “oh, tak boleh Kelantan minyak ni”. “Dia lepas pada 3 batu dalam laut ni”, dia kata, “bukan hak Kelantan dah”. Dia kata, “3 batu”. Dia ambik di mana 3 batu? Dia kata, “undang-undang darurat”. Ni lawyer ni serupa telur jugak, ada lawyer Gred A, ada lawyer Gred C. Dia hak 3 batu hak darurat hak dia royat tu tahun 1969. Pada tahun 1982 dia undang-undang antarabangsa ni Malaysia pun sign jugak. Perairan kita ni dah 12 batu dah. Tak dok dah 3 batu hak dia sebut tu. Tapi bila kecek dengan lawyer Gred C lagu nilah. Lepas tu minyak tu dia tak kira.
Perjanjian kita dengan PETRONAS ni tak dok kira berapa batu. Dia kira atas darat atau dalam laut, lagu tu jah. Dua jah perkataan diguna, orang putih kata onshore, atas darat, offshore, dalam laut. Kalau ada minyak gak bayarlah kor kita.
Tapi pasal apa dia tak sir bayar, tuan-tuan? Sor tu dia tak sir, dia nak suruh orang PAS, dia nak buat nyaknyor kor Kerajaan PAS lah, sor. Kedua sebabnya, bekali tak dok pitih dah bekali lani, tak dok pitih nak bayar. Dia bukan, dia bukan tak faham undang-undang, dia tak dok pitih.
Duit habis koksir dah. Beli kapal selam hak tak leh tenggelam, tiga ribu juta. Lepas tu kapal selam dua tu, tuan-tuan, dua kapal selam tu, serupa kita beli keretalah, serupa kita beli kereta. Dia bukan beli semasa beli jah belanjanya, tiap-tiap bulan kena servis, minyak hitamlah, tayarlah, breklah. Kapal selam kita dua ni, setahun seratus lima puluh juta belanja. Tak dok pitih dah. Sebab tu dia tak sir bayar ni.
Dan banyak jugak rakyat tak tau, rakyat tak tau, kerajaan negeri buleh lima percent di bawah perjanjian tu, semua kerajaan negeri termasuk Sabah Sarawak lima percent daripada duit hak kita buleh dengan minyak ni, kerajaan persekutuan pun buleh lima percent jugak. Kalu kita buleh lima riyal, kalaulah kita buleh 100 dalam minyak, lima riyal kor Kelantan lima riyal kor pusat. Tapi dia tak royat hak ni ni. Dia ambik belaka. 95 riyal tu ambik ke dia belaka. Sebab tu dia tak leh bayar. Dia ambik lebih pada ni dah. Sebab tu bila kita merintah seksok masuk jel belaka puak-puak ni ni!
Jadi orang royat kor ambo, dia orang kata, bakpor gak Kerajaan Barisan Nasional ni kuat benar, bekeng benar loni, bekeng? Ceramah ni ni, lepas ni ni polis cari ambo la lepas ni ni. Di Kampung Baru malam tu, oh, serang. Permit ada, serang. Dikepung malam tu. Dato Husam sendiri tak leh berucap, kena berhenti. Minggu lepas. Dia takutlah tu. Dia gerun benar lani. Dia lagu mana-mana pun kalu buleh tak dok pilihan raya ni lepas pada ni. Ah, jadi kalu nak buat perancangan, saya serulah kepada kawan-kawan kita dalam PAS, buatlah ceramah cepat-cepat takut ceramah pun tak leh dah lepas pada ni. Zaman komunis mulor pun buleh ceramah, lani tak leh ceramah dah. Ni la Malaysia. Sebab demo ni takut. Dok, ambo tidak gurau ni, takut ni takut sungguh. Mahathir kata dah, bila Pakatan Rakyat (berkuasa) dia kata dia nak lari negeri lain dah, ni Mahathir sendiri.
Kita lani sebenarnya kuat, sebab tu dia bekeng ni. Sebab tu polis duk igat, tanya begotu, ambik begoni. Kelmarin Anwar Ibrahim sendiri kena siasat, soal siasat lima jam. Kes begapo tak tahulah, fitnah la, hasutan la, macam-macam kes la dalam bok ni dia reka. Lani lima belas orang dah. Tak lama Yang Berhormat Salahudin hero kita ni pun tak kena buat masuk jel jugak. Dia lani duk igat orang lani. Sebab kalu dia tak igat puak-puak kita, kalahlah dia pilihan raya sekali lagi. Sah kalah dah. Sepuluh ribu situ, lima ribu sini, tiap-tiap malam.
Jadi inilah kerajaan hak ambo royat sakni, kerajaan hak zalim ni dia sampai masa. Dan ambo harap orang-orang Jeli pun kena faham jugaklah. Hak samah seriyal ni kita merintah pun kita wakil rakyat PAS pun buleh buwi jugak. Tapi hak Kelantan mintak dua ratus juta duit minyak tu kena buwi la mugo hak kita. Jangan jadi jahat, kita sekolah orang putih pun! Kita kena buwi. Kalu kita buwi kor Sabah Sarawak, bakpo tak leh buwi kor orang Melayu ni hak kita nak bela ni, hak Ibrahim Ali nak bela bedo’oh ni? Oloh, ambo pening dengan UMNO, jurucakap UMNO lani Ibrahim Ali. Tak dok dah parti keramat ni, parti keramat parti kuat ni tak dok dah. Hak bela dia ni Zulkifli Nordin hak PAS tolak mulor, PAS tolak dah, KeADILan tolak pulak. Ni la hero-hero lani, UMNO.
Dia tak dok dah orang nak bela dia lani, puak-puak tu jah. Najib, oh, dia Rosmah jah bela dia, hak lain tak dok dah. Mahyuddin tak bela dia. Mahyuddin kecek kot ni sokmo. Najib gi kot ni dia gi kot ni. Inilah keadaan sekarang. Jadi kita kena kuat-kuat belaka. Kita kena bersatu dalam Pakatan Rakyat. Kita kena tolong antara satu sama lain. Kita lawan betul-betul puak-puak zalim ni. Tak boleh dah.
Rakyat kita sesak, masih sesak. Duit banyak, harta banyak, rakyat susah. Bakpo dia ni? Tapi dalam laporan hak ambo baca takdi, pukul lima petang, dalam negara ASEAN ini Malaysialah banyak sekali jutawan-jutawan. Billionaire, orang hak ada duit seribu juta lebih, Malaysialah ramai sekali. Ah, orang UMNO-lah. Parti MCA pun ada jugak. Malaysialah ramai daripada Singapura, ramai daripada Indonesia, ramai daripada Filipina, ramai daripada Thailand, ramai daripada Burma, ramai daripada Vietnam. Ramai hak kaya bedo’ohlah, hak seribu juta alah ke atas. Ni duit kita belaka ni. Duit baso kaya cepat ni kan duit tipu belaka. Dia kaya cepat ni dua jah, loteri sor, tipu sor. Dia kalu kita kerja betul ni payah nak kaya, lambat, lambatlah.
Tapi Malaysia megahlah. Mahathir anak dia millionaire, Mokhzani millionaire, Mirzan millionaire. Ni hero Malaysia ni. Anak dia. Oh, Najib pun tak sah kiralah, mugo dia ada, Genting pun hak dia punya, adik dia pun orang kuat, bini dia pun kaya. Jadi kita dalam Malaysia ni ramai orang kaya, puak-puak dia tu. Hak lain ni gak, oh, nak bayar yuran sekolah anak payah lani. Inilah keadaan ekonomi negara kita. Kita kena tukar tu. Kita kena pilih kerajaan hak cakna ke rakyat. Kita kena pilih kekayaan hak ada dengan kita ni kita bagi kepada rakyat, bukan bagi kepada kita.
Jadi kalu nak tukar ni tukar kerajaan negeri tak cukup. PAS merintah Kelantan saja tak cukup. Kalu nak minyak ni kena buh kita di Putrajayalah. Ambo janji kita buwi selalu kepada Kelantan. Sedap kecek, bukan ambo Perdana Menteri, kecek sajalah. Tapi nak royatnya puak-puak kita ni muafakat. PAS dengan DAP kita tahu. PETRONAS ni kita akan buat sekian jelas. Hari ni tak dok sapo tau duit PETRONAS gi mana tak tau. Parlimen tak tau.
Yang Berhormat Salahudin ni tanya sokmo dalam Parlimen ambo duk perhati mulor. Mulor ambo duk dalam UMNO pun perhati jugak. Duk perhati tanya mintak soalan ni soalan ni tak dok jawab gor satu jugak. Tak dok, sulit. Perdana Menteri jah tau. Jadi borlah lagu ni nya, cukuplah. Biarlah kita cari kerajaan ni kita buleh tukar. Kalu Pakatan tak jadi seksok di Putrajaya kita tukar pulak, tak apa.
Tak ada erti orang Melayu, kata Melayu ni bersohor berani. Tok Janggut la lawan British. Ingat dok Tok Janggut? Jadi kita nak Tok Janggut tu tak dok dah. Kita nak Tok Janggut baru pulak di Kelantan. Kita nak tunjuk berani. Berani bukan gocoh orang. Berani gak bila pangkah tu pangkah Pakatan la pulak. Biar kita merintah Malaysia ni kita tengok, supaya kita dapat bela petani, kita bela orang-orang nelayan yang miskin, kita bela orang-orang FELDA, inilah kerajaan yang, Sabah dan Sarawak, yang kerajaan perlu bela, ramai orang miskin.
Jadi saya harap sedikit sebanyak inilah penjelasan yang saya bawa hari ini. Kita yakin, kita yakin bahawa rakyat Malaysia bersatu di bawah kita. Dia buleh guling. Di Perak dia guling kerajaan. Dia berjaya sekali dengan sokongan-sokongan lawyer gred C dalam mahkamah. Ini telur-telur busuk ni kita akan buang semua, lawyer yang tak reti peraturan perundangan yang asas! Tapi nak bersih ni kita kena kuasa dululah. Tapi inilah agenda kita dan saya percaya dengan pertolongan tuan-tuan, insya’Allah, kuasa rakyat suatu hari akan mengatasi kuasa-kuasa yang ada pada hari ini.
Sekian, assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
(Maaf kerana sebahagiannya dalam loghat Kelantan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan