SELAMAT DATANG

Rabu, 31 Mac 2010

Tok Guru aku Dapat Dato

Bila terbaca dalam surat khabar tentang tok guru aku yang sedang uzur,Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.)terasa amat sebak, sedih dan sayu. Bukan kerana tok guru aku dapat gelaran dato tu sangat, tapi bila kenangkan keadaannya yang terbaring dalam usia hampir 100 tahun itu lebih-lebih lagi seluruh hidupnya didambakannya untuk memberi sinar cahaya kepada anak bangsa.

Ramai tokoh dan pimpinan negara dilahirkan dibawah didikan Pondok Pasir Tumboh, anak murid merata seluruh pelusuk tanahair manabur bakti, bercucu cicit ilmunya sampai hari kiamat. Jasanya membawa kebahagiaan manusia dunia akhirat, bukan berlenggang lenggok di atas pentas menghiburkan, mendedahkan susuk tubuh atau mentertawakan khalayak manusia dengan hiburan yang melalaikan, yang dipuja diingati, sehingga mati pun diberi gelaran itu dan ini tanda berjasa kepada ibu pertiwi.

Aku tahu, bukan nilaian hartabenda, pangkat dan gelaran yang diinginkan oleh beliau, namun bila dinisbahkan kepada penghargaan buat manusia yang berjasa kepada bangsa dan tanahair juga agama alangkah terpingirnya tok guru ku ini. Mujurlah Pasir Tumboh hari ini berada dibawah kerajaan pimpinan ulama ditambah pula dipayungi oleh Pemangku Raja berjiwa ulama & berjiwa rakyat. Tokoh Ma'al Hijrah dan semalam Dato Paduka dianugerah tanda penghargaan dan jasa beliau yang dicurahkan kepada rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, walaupun tok guru tak dapat hadir di majlis pengurniaan kehormatan negeri Kelantan itu kerana keuzuran, khabarnya, kalau tak dapat hadir anugerah itu mungkin dibatalkan. Tak apalah, niat nak beri dah ada, maknanya jasanya diingati. Wallahua'lam.

Bayangkanlah kalau bumi serambi Makkah ini masih dikuasai UMNO/BN, bukan saja tuan gurunya dihargai mungkin institusi yang menjadi benteng pertahanan aqidah dan syariah ini pun akan turut pupus.

Kepada anak dan cucucicit murid Pondok Pasir Tumboh marilah kita mendoakan kesejahteraan dan keafiatan kesihatan Tok guru. Amin!!!



i

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails