SELAMAT DATANG

Rabu, 31 Mac 2010

VIRUS KENCING TIKUS

email dr kwn sy, sila baca.

Mulai semalam kita dikhabarkan dengan berita duka. Saat ini selebriti DJ Din Beramboi bertarung nyawa angkara virus kencing tikus. Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat virus tersebut tetapi cerita seumpama ini bukan baru. Sudah banyak kes kematian terutama dikalangan kaum Cina.

Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan "gated community"merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka.Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan "soft drinks". Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan sipenjual tebu itu sendiri.

Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!

Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai "survival" dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan "simple science of life cycle". Suratan atau kebetulan?

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails