Juara dapat tiket automatik Piala AFC

Ini kerana hanya juara Piala FA akan mendapat tempat secara automatik untuk beraksi pada kejohanan yang dianggap persaingan kelas kedua selepas Piala Liga Juara-juara Asia (ACL) yang membabitkan kelab-kelab dari benua Asia, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.
“Satu lagi tempat akan diberikan kepada pasukan yang menjuarai Liga Super pada musim ini,” katanya.
Pada tahun ini hanya Selangor yang muncul juara Liga Super dan Piala FA pada musim lepas (2009) menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan itu setelah naib juara Liga Super, Perlis menolaknya.
Kali terakhir Negeri Sembilan beraksi pada Piala AFC adalah pada 2007 manakala Kedah turut beraksi pada tahun lepas, namun kedua-dua pasukan hanya sekadar melengkapkan perlawanan pada peringkat kumpulan.:
Azzuddin berkata, selain Piala FA dan tiket ke Piala AFC, juara akan menerima RM100,000 manakala RM50,000 kepada naib juara.
FAM menjangkakan 70,000 peminat akan membanjiri Stadium Nasional di mana 25,000 tiket dijual di Kedah, 30,000 di Negeri Sembilan dan baki 15,000 akan dijual di Stadium Nasional pada hari perlawanan, bermula 9 pagi. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan