
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kelantan itu berkata, Ahli-ahli Parlimen, peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, termasuk Sabah dan Sarawak, digesa bersamanya memfailkan kes itu di mahkamah.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan Limbang dan pendedahan semua keputusan Kabinet mengenai perkara tersebut.
“Saman ini bertujuan untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau juga akan menulis surat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka supaya menyatakan pendirian dalam isu ini dan memanggil satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas untuk membahaskan isu berkenaan.
“Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu menerusi alamat :gadailautmalaysia@gmail.com:,” katanya.
Husam juga menggesa ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu itu.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam blognya, mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).
Menurut Dr Mahathir, penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan ‘Blok L’ dan Blok M’ di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.
Namun, Abdullah menafikan perkara itu dan Wisma Putra pula memberi kenyataan bahawa ‘penyerahan’ dua blok kawasan petroleum oleh Malaysia kepada Brunei menerusi 'Pertukaran Surat' selaras undang-undang antarabangsa.
Wisma Putra menerusi Kementerian Luar Negeri berkata, 'Pertukaran Surat' antara Malaysia dan Brunei itu juga dikatakan berjaya menyelesaikan isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan