SELAMAT DATANG

Ahad, 16 Mei 2010

Shafie Afdhal Berlagak SPR

Sungai Aup, 16 Mei; Kekecohan telah berlaku pagi tadi sekitar jam 9.30 di pusat undi RH Jonathan Sungai Aup /Sek. Kebangsaan Sg Aup apabila Menteri Luar Bandar Dato Shafiee Afdal bertindak mengarahkan petugas-petugas dari DAP keluar dari kawasan kuning pada hal para petugas berada diluar kawasan kuning.

Keadaan di kawasan rumah panjang yang padat, dengan keadaan rumah-rumah yang berdekatan yang kurang dari 50 meter dengan garisan kuning telah menimbulkan kemarahan penduduk yang kebanyakkan telah berubah sokongan mereka kepada DAP.

Para penduduk bertindak berani menghalau Menteri berkenaan meninggalkan kampung berkenaan dengan segera sekiranya tidak mahu perkara yang tak diingini berlaku. Beliau terus pergi dengan keadaan penoh rasa malu. Seorang penduduk mengatakan; "nasib baik dia pergi segera sekiranya tidak apa entah akan berlaku" Setengah jam kemudian selepas Menteri berkenaan berlalu kelihatan ramai anggota keselamatan tiba dan di dapati keadaan sudah terkawal.

3 ulasan:

azman kamarul berkata...

Bagus dan tahniah penduduk Sibu....ajar lah kebiadapan menteri umno ini, jangan mereka sangka bahawa planet ini mak bapak dia orang yang punya.

al-faqir ilallah berkata...

yang menyeronokkan ialah apabila syafie mendabik dada bahawa dia adalah menteri....jawab seorang iban menteri menteri nilah yang sedang merampas tanah-tanah kami

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya salah sorg penduduk rmh panjang sg aup, sibu. Boleh tak keluarkan blog ni semula menjelang pilihanraya tak lama lagi? Ia dapat memberi semangat kepada generasi baru seperti saya utk mnentang kerajaan umno. Terima kasih..

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails