SELAMAT DATANG

Sabtu, 27 Oktober 2012

KEJOHANAN BOWLING PIALA YDP PAS PUTRAJAYA

Putrajaya, Alamanda – PAS kawasan Putrajaya sekali lagi menganjurkan Kejohanan Boling kali ke2 Piala YDP pada Ahad (20 November 2012) lalu. Seramai 36 peserta mewakili 12 pasukan telah bertarung merebut Piala YDP yang menawarkan hadiah Piala tempat pertama, kedua dan ketiga bagi hadiah peringkat perseorangan dan hamper bagi peringkat kumpulan. Selain peserta turut hadir ialah ahli-ahli PAS kawasan dan membawa bersama anak-anak dan isteri untuk bersantai sambil bermain bowling. Sambil bermain bowling ahli kawasan berjumpa bagi mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka. 




Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP PAS kawasan Ustaz Mohmad Nazir Zakaria dan beliau telah menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang-pemenang di hujung kejohanan. Sementara TYDP Sdr Kamaruzzaman Muhamad yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyarungkan cenderahati berupa pingat kepada semua peserta termasuk YDP sendiri yang turut bertarung dalam Kejohanan tersebut.


Ust Nazir ketika ditemui berkata, program ini bertujuan untuk memasyarakatkan ahli PAS bersama dengan penduduk setempat disamping  untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli. Beliau berkata, 'pelbagai program dan aktiviti boleh dijalankan asalkan tidak melalaikan kita dari ingatan kepada Allah serta menepati kehendak syarak. Sukan merupakan salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah, kerana dengan bersukan akal dapat berfungsi dengan baik. Dengan akallah manusia dapat mencipta sesuatu yang baru dan dapat melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. ujarnya


Selain ceramah, tazkirah, kuliah dan lain-lain medium dakwah, sukan juga berperanan dalam menggerakkan dakwah yang berkesan kepada masyarakat iaitu melalui praktikal cara berpakaian khususnya ketika bersukan selain semangat berkumpulan dalam usaha menjulang kemenangan mengalahkan lawan." tambah Ustaz Nazir lagi. kejohanan yang bermula seawal 8.30 pagi selesai tepat jam 12 tengahari.


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails