SELAMAT DATANG

Rabu, 9 Oktober 2013

KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS - Dari kacamata Peguam Zul Hazmi..

October 9, 2013 at 2:06pm

Semalam 8 Oktober 2013 Ustaz Nazir Zakaria, Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya telah mengadakan sidang akhbar berkaitan beberapa isu melibatkan Pas Kawasan tersebut. Antaranya ialah :

a) Status perehatan beliau sebagai YDP Kawasan;
b) Kesahan Mesyuarat Agung Kawasan

Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak tetapi untuk melihat dari sudut perundangan dan kesannya terhadap Pas secara keseluruhan.

a) Status perehatan Ustaz Nazir Zakaria sebagai YDP.

Ustaz Nazir Zakaria merupakan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya yang telah dipilih secara sah melalui Mesyuarat Agung Kawasan pada 2011 untuk penggal 2011 – 2013. Pada 3 April 2013 sepucuk surat telah dikeluarkan kepada Ustaz Nazir yang ditandatangani oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad atas kapasiti Pemangku Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya, Sdr Mohamad Hj Hassan, Pemangku Naib Yang DiPertua dan Sdr Kamarul Arif bin Ambak, Penolong Setiausaha. Surat tersebut memaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan Putrajaya pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013 telah memutuskan bahawa Ustaz Nazir direhatkan daripada menjalankan tugas sebagai YDP Kawasan sehingga suatu tempoh yang akan diputuskan kembali oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan. Surat makluman tersebut bagaimana pun tidak menjelaskan alasan keputusan tersebut dibuat.

PERTAMA : ADAKAH MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KERJA PAS KAWASAN SAH?

Dinyatakan di dalam surat bertarikh 4 April 2013 bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013. Hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk merehatkan YDP daripada menjalankan tugas YDP sehingga suatu tempoh yang ditentukan Jawatankuasa Kerja.

Siapa yang memanggil Mesyuarat Khas tersebut? Adakah ada di dalam Perlembagaan PAS berkaitan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja? Perlu diambil perhatian bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan hanya boleh dipanggil oleh YDP atau oleh satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan secara bersurat kepada Setiausaha dengan menyatakan sebab-sebabnya. Ini diperuntukkan di dalam Fasal 28(9) seperti berikut :-

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu, atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa itu yang meminta dengan bersurat kepada Setiausaha PAS Kawasan itu dan menyatakan sebab-sebabnya.


Prosedur Mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah dengan jelas diperuntukkan di Fasal 34 seperti berikut :-

FASAL 34. Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

(1) Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat hendak dijalankan oleh mana-mana Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian yang disebut dalam Fasal 25, 28 dan 31 Perlembagaan ini.

Walaubagaimana pun suatu Mesyuarat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil dengan mengabaikan peruntukkan Fasal 34(1) iaitu diperuntukkan di Fasal 34(4) seperti berikut :-

(4) Dengan mengabaikan Ceraian (1), (2) dan (3) Fasal ini, mana-mana mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja yang disebut dalam Ceraian-ceraian di atas bolehlah diadakan pada bila-bila yang dikehendaki oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua PAS Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau Ketua Dewan-dewan berkenaan. Setiausaha Agung atau Setiausaha yang berkenaan hendak mengeluarkan notis mesyuarat pada bila-bila masa yang sesuai dengan apa-apa cara yang difikirkan munasabah untuk menyampaikan notis tersebut.

Peruntukkan Fasal 34(4) dengan jelas menyebutkan bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja hanya boleh dipanggil oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau ketua-Ketua dewan-Dewan berkaitan.

Justeru persoalan yang perlu dijelaskan oleh Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada 18 dan 20 Mac 2013 tersebut, adakah mesyuarat tersebut dipanggil oleh Presiden atau oleh Pesuruhjaya Pas Negeri atau oleh YDP atau satu pertiga (1/3) daripada AJK secara bersurat dan kenapa pada dua (2) hari yang berdekatan? Jika Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau YDP Kawasan atau Ketua Cawangan atau Ketua Dewan tidak pernah memanggil mesyuarat, maka mesyuarat tersebut tidak sah dan keputusan mesyuarat adalah tidak sah. Jika ada panggilan mesyuarat khas dibuat oleh mana-mana orang yang tersebut itu, adakah suatu notis mesyuarat dikeluarkan dan disampaikan secara munasabah.

KEDUA : ADAKAH JAWATANKUASA KERJA KAWASAN MEMPUNYAI KUASA MEREHATKAN YANG DIPERTUA KAWASAN?

Rujukan perlu dibuat kepada Fasal 28 Perlembagaan PAS. Difahamkan bahawa Jawatankuasa Kerja menyatakan mereka merehatkan Ustaz Nazir (YDP) berdasarkan Fasal 28 (8) seperti berikut :-

Fasal 28(8)

Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.


Fasal 28(8) menerangkan kuasa Jawatankuasa Kawasan untuk memberhentikan atau menahan seseorang AJK menjalankan tugas dalam masa tertentu. Walaubagaimana pun kuasa tersebut tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan di dalam Fasal 28(2),(3),(4),(5) dan (6). Di dalam Fafal 28(8) tersebut diperuntukkan dengan jelas pada awalnya bahawa “Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas” .

Apa maksudnya? Apa syarat-syaratnya? Frasa ini dengan tegas memberikan maksud bahawa walaupun Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk memberhentikan atau menahan mana-mana Ahli Jawatankuasa dari menjalankan tugas, ianya tidak termasuk kepada YDP, TYDP, NYDP dan KUU kerana ketiga-tiga jawatan tersebut adalah jawatan yang dipilih dan dilantik oleh perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan. Jawatankuasa Kerja hanya boleh menggunakan kuasa memberhentikan dan menahan tugas hanya bagi AJK yang dilantik. Ini secara jelas disebutkan dalam Fasal 28(5) seperti berikut :-

(5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang disebutkan dalam ceraian (1)(l) Fasal ini hendaklah dua pertiga daripadanya dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada tiap-tiap dua tahun sekali dan satu pertiga daripadanya dilantik oleh Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan daripada ahli-ahli PAS dalam Kawasan itu, dan mereka hendaklah memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang akan datang atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

Fasal 28(5) menyebut dengan terang bahawa satu pertiga (1/3) AJK dilantik oleh YDP dengan persetujuan mesyuarat AJK Kawasan memegang jawatan untuk tempoh dua (2) kali Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa kerja Pas Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun. Justeru mereka (1/3) AJK inilah sahaja yang boleh diberhentikan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 28(8).

Jika Jawatankuasa Kerja mengguna-pakai peruntukkan Fasal 28(8) tersebut untuk merehatkan YDP maka Jawatankuasa Kerja telah terkhilaf. Justeru keputusan Jawatankuasa Kerja Kawasan merehatkan YDP melalui surat bertarikh 4 April 2013 tersebut adalah tidak sah maka dengan sendirinya surat bertarikh 12 September 2013 yang menarikbalik tempoh rehat beliau sebagai Yang Dipertua adalah tidak sah.

Kesimpulannya, Ustaz Nazir Zakaria masih Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya yang sah sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya yang baru yang ada pemilihan, memilih orang lain sebagai Yang Dipertua yang baru.


b) Kesahan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putrajaya pada 22 September 2013

Sesebuah PAS Kawasan bergerak berdasarkan mandat Masyuarat Agung Tahunan seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 18 seperti berikut :-

FASAL 18. Mesyuarat Agung PAS Kawasan

(1) Adapun gerakan dan pentadbiran sebuah kawasan PAS itu adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawah kekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan itu. Akan tetapi Majlis Mesyuarat Agung itu sendiri adalah tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS dan juga Aturan dan Peraturan mesyuarat kawasan itu.

(2) (a) Sesebuah Kawasan hendaklah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan Februari, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua kawasan itu ataupun dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

(b) Mesyuarat Agung Khas Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masapun jika dikehendaki oleh Yang Dipertua Kawasan itu, atau dengan kehendak, sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah cawangan-cawangan atau daripada ahli-ahli kawasan itu. Maka dalam Mesyuarat Agung Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa selain daripada perkara yang kerananya Mesyuarat Agung Khas itu diadakan.

(c) Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diodit.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putrajaya telah diadakan baru-baru ini pada 22 September 2013. Notis panggilan mesyuarat bertarikh 12 September 2013. Notis itu hanya 10 hari daripada tarikh Mesyuarat diadakan.

a) Adakah Notis Mesyuarat bertarikh 12 September 2013 tersebut sah?

Fasal 18(2)(c) menyatakan notis hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat. Frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bagaimana ditafsirkan? Adakah ianya bermaksud di dalam lingkungan 14 hari atau bermaksud tidak kurang dari 14 hari”?

Pendapat saya frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bermaksud hendaklah tidak kurang 14 hari kerana ianya sebagai persediaan kepada perwakilan untuk mengkaji dan meneliti agenda mesyuarat, laporan mesyuarat dan penyata kewangan untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Kenapa saya tidak menafsirkan dalam lingkungan 14 hari? Ini kerana jika notis mesyuarat dikeluarkan dalam lingkungan 14 hari, maka notis boleh dikeluarkan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dan itu tidak munasabah. Contohnya Mesyuarat Agung Tahunan dijadualkan esok 10 Oktober 2013 dan notis dikeluarkan hari ini 9 Oktober 2013. Adakah wajar dan munasabah kepada perwakilan? Tentu tidak, maka frasa “dalam tempoh 14 hari” hendaklah ditafsirkan sebagai tidak kurang 14 hari.

Atas sebab itu saya berpendapat bahawa Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya bertarikh 12 September 2013 adalah pra-matang dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 22 September 2013 adalah tidak sah. Maka segala yang dilakukan di dalam Mesyuarat adalah tidak sah. Pemilihan jawatan dan pemilihan perwakilan ke Muktamar Agung PAS psuat juga tidak sah.

b) Siapa memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya?

Rujuk kembali kepada Fasal 18(2(a) yang memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua untuk memanggil Mesyuarat Agung Tahunan pada bila-bila masa. Tiada pihak lain yang boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan selain daripada Yang Dipertua atau pun permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 12 September 2013 ditandatangan oleh Setiausaha PAS kawasan. Siapa yang memanggil mesyuarat? Adakah Setiausaha atau Yang Dipertua? Fasal 18(2)(a) jelas bahawa hanya Yang Dipertua boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan dan Setiausaha hanya menjalankan tugas mengeluarkan notis. Adakah Ustaz Nazir Zakaria yang memanggil mesyuarat tersebut? Jika beliau yang memutuskan memanggil mesyuarat maka mesyuarat itu sah tetapi notisnya pula pra-matang. Jika orang lain selain Ustaz Nazir yang memanggil mesyuarat, maka mesyuarat langsung tidak sah.

Atau pun dimaksudkan yang memanggil mesyuarat itu Pemangku Yang Dipertua? Persoalan tersebut tidak berbangkit kerana Ustaz Nazir Zakaria adalah dan masih Yang Dipertua yang sah.

KESAN KEPADA PAS PUSAT

Krisis ini akan memberikan kesan secara langsung terhadap PAS. Bagaimana kesannya dan apa kesannya?

Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah. Jika perwakilan Pas Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih. Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu. Kemungkinan Pendaftar Pertubuhan akan mengganggu kacau PAS seperti mereka lakukan kepada pemilihana CEC DAP tidak boleh dielakkan.

Adakah PAS mahu sebegitu? Tepuk dada istighfar banyak-banyak....


Zulhazmi Shariff
9 Oktober 2013
 

Selasa, 8 Oktober 2013

MESYUARAT AGONG PAS PUTRAJAYA TIDAK SAH?????

Putrajaya, 08 Oktober; Mesyuarat Agong Pas kawasan Putrajaya kali ke 9 yang diadakan pada 22 September 2013 yang lalu tidak sah. Kenyataan ini dibuat oleh (Mantan)Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya sendiri, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria yang sebelum ini telah direhatkan dari menjalankan tugas sebagai YDP oleh jawatankuasa Pas kawasan yang sebab sebabnya tidak dinyatakan. Nazir mempersoalkan; “adakah tindakan itu dibenarkan oleh perlembagaan kerana tidak ada klausa yang menyebut bahawa ydp boleh direhatkan walau tiada sebab dan yakin hukuman itu hanya boleh dibuat oleh jawatankuasa disiplin PAS pusat. Dan apa yang dikesalkan ialah salinan surat tersebut telah dihantarkan juga kepada Badan Perhubungan Negeri dan Setiausaha Agong namun tidak ada tindakan susulan memanggil YDP mengadap Pejabat Agong. Dimana keadilan yang diperjuangkan oleh PAS selama ini, sekiranya perkara sebegini pun tidak dapat ditangani” ujar Nazir.

“Ekoran daripada itu satu surat mohon penjelasan telah dibuat kepada Jawatankuasa kawasan dan salinan kepada pihak tertinggi telah dibuat dan sehingga mesyuarat Agong Pas kawasan diadakan tiada sebarang penjelasan telah dibuat. Maka di atas kesamaran itulah saya menyatakan bahawa Mesyuarat Agong Pas kawasan itu tidak sah kerana sebarang keputusan mesyuarat Jawatanjuasa sebelum mesyuarat agong juga tidak sah kerana dibuat tanpa merujuk kepada YDP dan di atas pengetahuan YDP”. Jelasnya lagi. “

Seperkara lagi perlanggaran perlembagaan parti telah dibuat oleh Jawatankuasa itu ialah lebih 2/3 orang ahli Pas Cawangan Presint 14 tidak mengetahui bila dan di mana mesyuarat  Agong Cawangan tersebut telah dibuat. “Saya mempunya senarai ahli ahli pas cawangan ini yang  dinafikan hak mereka sebagai ahli parti untuk hadir di dalam mesyuarat agong cawangan tersebut, dan perkara ini akan saya rujuk kepada ROS dan sekiranya perlu tindakan mahkamah juga perlu dibuat” Ujar nazir lagi.

“Sebagai YDP yang sah saya memohon agar pihak PAS Pusat khususnya, mengambil tindakan segera sebelum Muktamar Agong PAS yang dijadualkan November ini agar menggantung PAS Kawasan buat sementara  dan membatalkan Mesyuarat Agong Kawasan dan semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa haram tersebut supaya tidak ada apa apa masalah kepada perjalanan Muktamar Agong PAS. Saya juga memohon kepada Jawatankuasa disiplin untuk menyiasat sebarang unsur pengkhianatan dan penyalahgunaan kuasa oleh Jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Saudara Kamaruzzaman Muhamad selaku Pemangku TYDP dan Saudara Roshidi Wahab selaku Setiausaha Kawasan ketika itu” sambung nazir lagi.

Ini dikuatkan lagi dengan pelanggaran perlembagaan parti Bab Kelima Fasal 18 (c) yang menyatakan”notis mesyuarat Agong tahunan kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan…”. Ini kerana notis dibuat bertarikh 12 September 2013 melalui email sedangkan mesyuarat Agong diadakan pada 22 September 2013. Sebagai YDP walau pun direhatkan kenapa saya tidak dihubungi sendiri oleh setiausaha kawasan untuk memaklumkan perkara penting ini.
Sebagai organisasi dan parti yang besar seharusnya perlembagaan parti mestilah dihormati dan dihuraikan dengan sejelas jelasnya agar tidak berlaku kesamaran seperti ini.

Saya melihat disana terdapat suatu konspirasi menjatuhkan saya sebagai YDP bermula sebelum PRU 13 lagi apabila saya direhatkan sebagai YDP tanpa member sebarang alasan dan sebab sebabnya. Demi untuk menjaga maslahah parti ketika itu saya mendiamkan diri buat sementara.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Menakjubkan Ciptaan Allah :Gua Warna Warni Di China..

Gua penuh warna-warna menarik ini bernama Reed Flute Cave dan terletak di bandar pelancongan China, Guilin.Gua yang pada asalnya terdiri dari lautan ini mendapat namanya berinspirasikan semak-semak bambu yang terdapat di bukit di sekeliling gua ini.Bambu-bambu inilah yang dijadikan sumber membuat seruling di China.Pembentukan gua ini pula adalah kesan daripada bencana alam ditambah dengan pencahayaan lampu dan refleksi semula jadi dari sebuah danau bawah tanah menjadikannya tak ubah seperti istana kristal. 
cid:1.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:2.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com
  
cid:3.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:4.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:5.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:6.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:7.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com
  
cid:8.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:9.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:10.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

cid:11.2279937049@web160402.mail.bf1.yahoo.com

Ahad, 5 Mei 2013

Warkah YDP Pas Putrajaya kepada para pengundi Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera..   

Tuan / Puan yang dirahmati Allah, Yang Mulia Tengku Adnan Tengku Mansor, calon Barisan Nasional untuk P.125 Putrajaya dengan takbur dan angkuhnya menyatakan bahawa Datuk Husam Musa, calon PAS untuk kerusi yang sama (P.125 Putrajaya), akan hilang "deposit" setelah pengiraan undi pada 05hb Mei 2013.   

Dengan izin Allah swt dan dengan bantuan tuan puan, saya memohon sokongan dari tuan puan yang baik hati, supaya apa yang Tengku Adnan kata itu tidak akan menjadi kenyataan. Saya berdoa dan bermohon pada Allah semoga mudah-mudahan sokongan tuan dan puan direstui dan diberkati Allah swt.   
Sekian, terima kasih. 

Wassalam Yang ikhlas,   

Ustaz Mohd Nazir Zakaria 
YDP PAS Kawasan Putrajaya.

Jumaat, 3 Mei 2013

TAWARAN PAKATAN UNTUK KAKITANGAN AWAM

Sebelum ini tawaran gaji kakitangan awam dibayar berdasarkan kiraan mingguan, kakitangan awam telah dijanjikan dengan tawaran :

Bonus 4 bulan gaji kepada kakitangan awam (tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat)

Pertukaran penempatan kakitangan kerajaan khususnya di kalangan guru-guru, membolehkan tidak ada lagi suami isteri penjawat awam yang terpaksa berpisah jauh, yang merencatkan pembinaan keluarga mereka. Disatukan suami isteri di bawah konsep Mawaddah iaitu mendekatkan antara satu sama lain

Kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak perlu membayar cukai

Hapus kadar faedah 4 % pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam (tanpa riba) 

Semakan elaun perumahan RM180

Jikalau anda dapat bekerja di New Zealand, anda akan dibayar dan menikmati gaji mingguan. Beginilah caranya. Kiraan gaji adalah secara mingguan bukannya bulanan seperti yang dilaksanakan selama ini kepada kalangan kakitangan awam di Malaysia. 

Singapura, jiran terdekat Malaysia pun sudah melaksanakan kiraan gaji secara mingguan. Australia? Australia pun sama, Australia tetapi bayar gaji secara mingguan. Macam-macam ala-ala pemain bola sepak EPL contohnya.

Sekadar pengalaman bersama. Jikalau pergi Sydney, pasar di sana hanya buka 3 hari seminggu sahaja (Daripada Khamis sehinggalah hari Sabtu) Pelik pada mulanya? Rupa-rupanya, di sana gaji setiap hari Khamis…Oooo….Yang mana pasti, ada perbezannya :

AMANAT YDP PAS PUTRAJAYA KEPADA PARA PENGUNDI



Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran

:قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌

Maksudnya :"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

 Islam mengajar kita bagaimana hanya Kerajaan Allah sahaja merupakan kerajaan yang sebenar dan berkekalan. Manakala kerajaan lain merupakan suatu amanah yang sementara sahaja yang bakal disoal tentang corak pemerintahannya di akhirat nanti. Semua kerajaan lain berada di bawah genggaman kekuasaan Allah di mana Allah boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan mengikut kehendakNya. Ia mengingatkan kita semua bahawa tidak ada kerajaan yang terus kekal memerintah selama-lamanya agar pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memerintah negara dengan menjauhi penyalahgunaankuasa yang menyebabkan kerajaan mereka bukan sahaja dijatuhkan di dunia malah di akhirat kelak akan diseksa dalam api neraka Allah yang dahsyat bakarannya.

 Allah pernah memberi kerajaan kepada nabi Sulaiman dan nabi Muhammad s.a.w di mana baginda berdua memerintah negara dengan taqwa dan adil sehingga keadilan dan keselamatan dirasai bukan sahaja oleh manusia malah makhluk yang lain. Begitu juga Allah pernah menyerahkan kerajaan kepada Namrud dan Firaun namun mereka melakukan kezaliman dan kerosakan dengan kekuasaan yang ada sehingga kerajaan mereka dijatuhkan dengan penuh kehinaan.


Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat 

:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.  
          
Memandangkan pemilihan pemimpin bukan suatu yang kecil malah akan dipertanggungjawab di akhirat nanti maka kita wajib memilih pemimpin berdasarkan petunjuk wahyu bukannya mengikut hawa nafsu. Antaranya dengan kita menapis segala bentuk berita dan maklumat yang tersebar melalui tv, radio, akhbar dan media massa yang lain agar kita tidak tertipu dan dipermainkan oleh emosi sehingga mengambil langkah yang salah dalam memilih pemimpin. Kita sedar bahawa hidup pada akhir zaman penuh dengan fitnah dan seribu macam penipuan sehingga hukum hakam Islam dipermainkan dengan dirujuk kepada bukan ahlinya.

Akhirnya timbul kata-kata yang menghina hukum Islam tanpa tindakan sewajarnya seperti jika hukum Hudud dilaksanakan maka Negara menjadi mundur kerana ramai umat Islam kudung kaki dan tangan, penutupan aurat hanya sesuai di Negara arab sahaja kerana di sana suasana padang pasir yang berdebu dan masyarakat arab yang kuat nafsu. Malah seruan terbaru yang dikatakan sebagai jihad agar mengubah Kerajaan Kelantan yang telah mengharamkan judi, menghad penjualan arak di kalangan bukan Islam, menyimpan wang kerajaan dalam perbankan Islam, telah melulus enakmen Hudud disamping banyak lagi program yang berteraskan Islam sedangkan sudah 55 tahun Negara ini diperintah oleh golongan sekulerisme ini bukan sahaja hasil arak dan judi bertambah malah ada orang Islam yang menjadi ahli pengarah kepada syarikat arak dan judi.

Begitu juga masalah hiburan melampau yang merosakkan akhlak rakyat terus disuburkan di mana selepas pilihanraya nanti telah dirancang suatu program yang menelan belanja RM 26 juta bagi menjemput artis dalam dan luar Negara untuk menambahkan lagi masalah Negara. Malangnya penggunaan tv, radio, akhbar dan media massa yang berat sebelah menyebabkan manusia yang merosakkan agama dianggap sebagai pejuang agama, orang yang menghancurkan bangsa Melayu dianggap sebagai pejuang Melayu

عن و أبو هريرة  قال : قال النبي :سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامةِ – رواه ابن ماجه

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai sedangkan orang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apakah dimaksudkan dengan ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”

Firman Allah dalam ayat 7-8 Surah Yunus

:نَّ الَّذِينَ لَا يَرْ‌جُونَ لِقَاءَنَا وَرَ‌ضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ ﴿٧﴾ أُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ‌ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.        

Kita wajib memilih pemimpin yang mampu memperkasakan Islam, menjulang maruah bangsa dan menjaga kestabilan negara. Kita mesti menjadi manusia yang cerdik yang tidak boleh dijual beli undi mereka dengan habuan yang sedikit sedangkan bakal berdepan dengan kesengsaraan dengan kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barang akan naik, harga tol, bil elektrik, telefon, air terus naik, saman automatik seperti saman ekor yang memeras duit rakyat untuk kayakan syarikat kroni, cukai yang membebankan, hutang PTPTN kepada pelajar Universiti diteruskan sehingga ramai yang diheret ke mahkamah kerana hutang belajar ribu ringgit sahaja sedangkan dalam masa yang sama boleh hapus kira hutang MAS sebanyak RM 500 juta kepada kroni.

Kelantan dirompak royalti 12 bilion kemudian dituduh tidak mampu membina lebuhraya yang berharga RM 2 bilion. Inilah bahayanya bila memilih pemimpin yang berniaga dengan rakyat iaitu beri sedikit ditarik balik berjuta-juta. Dasar pemimpin jenis ini terus mengekalkan rakyat dalam keadaan miskin agar mereka terus dapat menekan dan mengugut rakyat jelata dengan kuasa yang ada. Pemimpin jenis ini juga lebih suka berhutang sehingga negara hampir muflis akibat hutang telah mencecah RM 500 bilion iaitu setiap rakyat menanggung beban hutang negara RM 22 ribu seorang.

Begitu juga banyak negeri dalam negara kita lebih banyak berhutang daripada membayar kecuali negeri yang diperintah oleh pemimpin berjiwa rakyat seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Jangan biar negara menjadi muflis baru kita menyesal untuk mencari pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah yang parah ini. Berubah sebelum parah, beringat sebelum kena, berhati-hati sebelum menyesal.

Laungan khurafat yang sering dilaungkan oleh penjajah ialah penjajah tidak akan memberi pemerintahan kepada anak watan kerana mereka tidak pandai memerintah. Maka laungan khurafat ini diteruskan oleh anak didik penjajah dengan mengatakan golongan selain mereka tidak pandai memerintah walau pun sepanjang 55 tahun memerintah begitu banyak hutang Negara ditimbun, amalan rasuah semakin parah sehingga indek rasuah peringkat antarabangsa semakin menjunam , pecah amanah menjadi amalan malah ada pemimpin yang boleh mempermainkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa rasa takut. Akhinya undang-undang dalam Negara tidak lebih daripada sarang labah-labah iaitu jika rakyat di bawah dikejar sehingga ke lubang cacing sedangkan pemimpin atasan boleh menari di depan undang-undang. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah memberi jaminan bahawa system Islam akan dilaksanakan walau pun kepada Puteri kesayangannya sendiri Siti Fatimah yang membuktikan ketelusan system Islam tanpa memilih bulu.

Begitu juga politik fitnah dan lucah boleh dimainkan tanpa rasa takut kepada Allah. Oleh itu tidak pelik apabila golongan ini begitu takut kepada hukum Islam yang melarang dan mengambil tindakan tegas sekiranya tersebarnya fitnah terutama dalam masalah zina dan liwat.

Firman Allah dalam ayat

وَالَّذِينَ يَرْ‌مُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْ‌بَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -


Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain iaitu dia sendiri tidak kalut dengan dunia tetapi terus mempertahankan orang yang gila dunia dan kuasa.

Kita juga mesti mengelak daripada terlibat dgn sebarang rasuah dlm memilih pemimpin tambahan pula pemimpin tersebut adalah zalim terhadap rakyat.  Jika mereka menabur wang ringgit dan menyuruh agar memilih serta mengekalkan kedudukan mereka lalu penerima wang tadi menurut kehendaknya semata-mata kerana mengambil wang tersebut maka dia telah terlibat dengan rasuah.

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:….

وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

Khamis, 11 April 2013

Kelebihan Husam Musa calon PAS Puterajaya


Datuk Paduka Husam merupakan Naib Prasiden Pas lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Menuntut di Maktab Sultan Ismail (1976-1979). Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987).

Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999). Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang)

Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.

Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH.

Bacalah idea bernas dan keikhlasan beliau

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan agar wakil pembangkang ditempatkan dalam jawatankuasa perolehan dan tender sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Melalui cara itu, kerajaan akan dapat menambah satu lagi mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran.

"Pada pandangan peribadi saya sebagai calon kawasan Putrajaya, jawatankuasa tender seharusnya menyertakan wakil pembangkang untuk memastikan (amalan) lebih telus," katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut mencadangkan agar anggota jemaah menteri dan majlis kerajaan negeri negeri mengisytiharkan harta sebaik sahaja Pakatan mengambil alih pentadbiran untuk mengelak penyalahgunaan kuasa.
Undilah Husam Musa. Calon PAS bagi parlimen Putrajaya P.125

Khamis, 14 Mac 2013

Bila Pas Bersendirian: SARANAN PAS KELUAR PAKATAN

Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas mencadangkan Pas keluar dari pakatan kerjasama, sebagaimana dilaporkan di muka depan Berita Harian 7/2/2013. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga mengutarakan idea yang sama. Beberapa pihak yang mengaku ahli seumur hidup Pas dan penyokong tegar Pas, mendesak kepimpinan Pas menarik diri dalam pakatan tahalus siasi bersama DAP dan PKR.

Keterlibatan Pas dalam menyertai pilihan raya di negara ini semenjak Merdeka menerusi 12 kali PRU menjadi parameter untuk mengukur kejayaan dan kegagalannya. Dimensi pengukuran prestasi Pas, dapatlah diringkaskan dalam 3 tahap: pasca Merdeka, pasca 13 Mei atau era Dasar Ekonomi Baru, periode 20 tahun terakhir (1990-2010).

Pasca Merdeka yang meletakkan Pas bertanding secara persendirian, bersaing dengan Perikatan dan parti-parti lain, menampilkan Pas mampu berdikari dan bersendirian. Secara bersendirian Pas mampu menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu, dalam Pilihan Raya Umum Pertama (PRU1 - 1959). Pas menguasai 13 kerusi Parlimen: 9 di Kelantan dan 4 di Terengganu. 

Namun begitu, Pas sudah pun ada asas tahalul siasi dengan Parti Negara di Terengganu. Pas tidak bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan, untuk membolehkan Ketua Parti Negara, Dato' Onn Jaafar berlawan satu lawan satu dengan calon Perikatan. Sungguhpun Perkatan (UMNO-MCA-MIC) menguasai kerajaan Persekutuan, kerajaan pertama selepas Merdeka, Perikatan cuma menang 1 kerusi Parlimen sahaja di Kelantan (Ulu Kelantan) dan 1 kerusi di Terengganu (Kemaman). 

Di luar Kelantan dan Terengganu, Pas tidak berjaya. Malah gagal memenangi kerusi tunggal yang dimenangi dalam pilihan raya pertama sebelum Merdeka, Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. Kerusi dimenangi Haji Ahmad Tuan Hussien iaitu Krian, yang dijadikan 2 kerusi Parlimen: Krian Laut (sekarang Parit Buntar) dan Krian Darat (sekarang Bagan Serai). Pas cuma memenangi satu kerusi DUN iaitu Gunong Semanggol dalam PRU1.

Pas yang bertanding di kawasan luar bandar, bersaing merebut undi Melayu bersama Perikatan (yang diwakili UMNO), Partai Rakyat Malaya (yang bertanding sebagai calon  Socialist Front hasil gabungan dengan Pan Malayan Labour Party), dan Parti Negara.

Kepimpinan pusat Pas diturunkan bertanding di Pantai Timur: Yang Dipertua (sekarang Presiden), Dr Burhanuddin Al Helmy Mohd Nor (Besut), Timbalan YDP, Zulkifli Muhammad (Bachok), Naib YDP, Hassan Adli Hj Arshad (Kuala Terengganu Utara) dan Dato' Raja Abu Hanifah Abdul Ghani (Pasir Mas Hulu), Setiausaha Agung, Othman Abdullah (Tanah Merah), Ketua Dewan Muslimat, Khadijah Sidek (Dungun), AJK Pusat, Ahmad Abdullah (Kelantan Hilir). Semuanya menang dan berjaya menjadi Ahli Parlimen pertama. Dr Burhanuddin, Zulkifli, Hassan Adli dan Othman berasal dari Perak, Khadijah dari Johor, Abu Hanifah dari Negeri Sembilan dan Ahmad dari Pulau Pinang (lebih dikenali Haji Ahmad Prai).

Dalam PRU2 (1964), Pas alami kemerosotan. Hilang kuasa di Terengganu. Pas cuma pertahan 3 kerusi DUN, berbanding 13 dalam PRU1. Sementara bagi kerusi Parlimen, cuma mampu bertahan di Besut sahaja. Di Kelantan, walaupun Pas berjaya menguasai kerajaan negeri, tetapi pembangkang (UMNO dan MCA) telah berjaya mengurangkan kerusi Pas dalam DUN dari 28 kepada 21. Pas gagal pertahan kerusi Parlimen Kota Bharu Hilir. Kerusi Pas dalam Dewan Rakyat berkurang dari 13 (PRU1) kepada 9. Di luar Kelantan dan Terengganu, Pas cuma menang satu kerusi DUN sahaja; Utan Aji (Perlis).

Kehadiran tokoh-tokoh seperti Mohd Asri Haji Muda (Pas-Pasir Puteh), Zulkifli Muhammad (Pas-Bachok) kemudiannya diganti Abu Bakar Hamzah, setelah kematiannya, Dr Tan Chee Khoo (Socialist Front-Batu), Dr Mahathir Mohamad (Perikatan-Kota Star Selatan), D.R.Seenivasagam (PPP-Ipoh), S.P.Seenivasagam (PPP-Menglembu) di Dewan Rakyat, dalam tahun 1960an, menjadikan Parlimen satu institusi yang disegani secara tidak langsung menampilkan kehebatan Ahli Parlimen yang hebat berhujah, berani dan terbuka. Justeru media tahun 1960an lebih terbuka, berintergriti dan bebas, menjadikan laporan sidang Parlimen, satu medan yang sangat menarik, diminati dan antara rancangan atau ruangan yang popular.

Sebagai negara baru merdeka, persidangan Dewan Rakyat atau Parlimen, adalah medan pembuat dasar bertukar minda, fikiran dan maklumat untuk mengisi kemerdekaan. Pas menguasai kelompok pembangkang dan PRU3 (1969) memperlihatkan kemerosotan pencapaian parti-parti pembangkang ditebusi. Pas berjaya mempertahan kerajaan negeri Kelatan dengan kemerosotan kerusi DUN: 19 Pas, dan 11 pembangkang (UMNO-MCA). Di samping itu kerusi Parlimen di Kelantan: Pas 6, UMNO 4, setelah kerusi Parlimen Tumpat dan Tanah Merah dimenangi Perikatan.

Di luar Kelantan, prestasi Pas bertambah baik. Di Terengganu, Pas memenangi 11 kerusi DUN berbanding Perikatan 13 kerusi. Namun jumlah undi popular Pas lebih besar berbanding undi popular Perikatan. Ini kerana, Pas memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi ramai, khususnya kawasan bandar dan pinggiran bandar. Pas menguasai 2 kerusi Parlimen di Terengganu: Kuala Terengganu Selatan dan Dungun, tetapi gagal pertahan Besut.

PRU3 adalah bermulanya Pas bertapak di Kedah. Di Kedah, Pas menang 3 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN. Pas berjaya menyingkirkan 3 tokoh UMNO: Dato' Senu Abdul Rahman, Menteri Penerangan di kerusi Parlimen Kubang Pasu Barat (sekarang Jerlun), Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen yang outspoken dan popular, di kerusi Parlimen Kota Star Selatan (sekarang Pendang), dan Mohd Zahir Haji Ismail, bekas hakim, di Kota Star Utara (sekarang Padang Terap dan Pokok Sena). 

Di samping itu, Pas menang 1 kerusi Parlimen di Perak (Parit) dan 1 kerusi DUN (Kampung Gajah). PRU3 menjumlahkan 12 kerusi Parlimen dimenangi Pas. PRU3 juga mengubah lanskap politik masyarakat bandar apabila pembangkang berjaya menghantar 25 wakil rakyat dari kawasan bandar ke Parlimen menerusi PPP (4 kerusi), serta parti-parti baru: DAP (13 kerusi) dan Gerakan (8 kerusi). 

Era pasca Merdeka menampakkan Pas yang bertanding bersendirian muncul sebagai pembangkang utama. Mohd Asri Haji Muda, diangkat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen yang pertama, bila jawatan itu diwujudkan selepas PRU3, bila bermulanya Parlimen Ketiga. Era ini mampu melonjakkan Pas sebagai satu political force untuk menyaingi Perikatan. Justeru itu, di samping mengekalkan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, hampir merampas Terengganu. 

Era selepas Peristiwa 13 Mei dan dalam periode Dasar Ekonomi Baru (DEB), terutamanya selepas tersingkirnya Pas dari Barisan Nasional (1977), menampakkan ketidakupayaan Pas bersendirian. Ini dapat dikesan dari PRU5 (1978), PRU6 (1982) dan PRU7 (1986), di mana Pas gagal mengembalikan prestasi semasa bersendirian, dari 1959 hingga 1972. 

Dalam tahun 1978, Pas hilang kekuasaan di Kelantan, kegagalan di Terengganu, dan nafas Pas banyak dibantu, kejayaan memenangi beberapa kerusi di sebelah pantai barat: Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kerusi Parlimen Pas cuma 5 sahaja dari PRU5: 2 dari Kelantan (Pengkalan Chepa dan Bachok), 2 dari Kedah (Kota Star dan Baling) dan 1 dari Pulau Pinang (Permatang Pauh). Di Kelantan, satu kelompok penyokong parti menubuhkan parti baru: Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), yang banyak membantu memerosotkan undi dan sokongan Pas.

Dalam PRU6, Pas mula memulihkan imej dan pengaruh, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan, berjaya memenangi 4 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN. Di Terengganu, dapat menguasai 5 kerusi DUN. Tetapi di sebelah pantai barat Semenanjung, pengaruh Pas menurun. Pas cuma mampu pertahan kerusi Parlimen Kota Star sahaja. 

Dalam PRU7, usaha Pas mencuba kerjasama dengan parti dan pressure groups, tidak mendatangkan hasil. Chinese Consultative Council (CCC) gagal membantu Pas menarik sokongan orang bukan Islam. Persefahaman pilihan raya dengan Partai Rakyat Malaya (PRM) dan parti-parti baru: Socialist Democratic Party (SDP) dan Parti Nasionalisme Malaysia (NasMa), menerusi Harakah Keadilan (HAK), bolehlah disifatkan gagal. 

DAP mengambil alih tempat Pas sebagai pembangkang utama dalam era ini. DAP tidak menyertai HAK. Sepanjang era ini, DAP berjaya main peranan pembangkang utama bila memenangi 9 kerusi dalam PRU5, 16 kerusi dalam PRU6 dan paling cemerlang 24 kerusi dalam PRU7. DAP yang bertanding bersendirian berjaya menjadi sebuah parti nasional kerana berjaya menguasai kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Atas sifat parti yang bertapak di luar batasan wilayah, imej DAP lebih terkedepan berbanding Pas. 

PRU7 bukan sekadar kegagalan persefahaman pilihan raya anjuran Pas tetapi menghukumkan Pas. Pas cuma satu kerusi Parlimen sahaja. Prestasi paling teruk untuk Pas, semenjak menyertai pilihan raya di negara ini. 

Era Dasar Ekonomi Baru (1970-1990), era dikuasai oleh DAP sebagai pihak menjadi check and balance dalam arena politik tanah air. Justeru itu, dalam tempoh ini, Lim Kit Siang, pemimpin DAP, diberi peluang menjadi Ketua Pembangkang, walaupun dalam tempoh pendek sebelumnya, peranan tersebut diberikan kepada Dr Tan Chee Khoon, pemimpin PEKEMAS. 

Di penghujung DEB, kelompok pengundi Melayu dan luar bandar mula diresapi perlunya peranan orang Melayu menguasai kuasa pengimbang dalam politik tanah air, kesan kekecewaan kegagalan DEB, yang lebih cenderung kepada amalan nepotisme, kronisme dan kepuakan. Ini mendorong perlunya satu perubahan kepimpinan dalam UMNO selaku peneraju komponen parti pemerintah. Kesan kegagalan mesej perubahan dalaman itu, kelompok inginkan perubahan itu mendekati beberapa kumpulan berkepentingan untuk membuat perubahan dari luar.

Ruang kepada kebangkitan kepada perubahan tersebut, diambil kesempatan oleh Pas. Pas menyertai kolobarasi politik pilihan raya yang ditaja oleh parti serpihan, Semangat 46, bersama Berjasa dan Hamim dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Di samping itu, Semangat 46 bekerjasama dengan DAP, PBS, PRM dan IPF, menerusi Gagasan Rakyat. PRU8 (1990), menghasilkan DAP memenangi 20 kerusi Parlimen, PBS 14, Semangat 46 dengan 8 kerusi dan Pas 7 kerusi. Pas berjaya merampas kerajaan negeri Kelantan, di samping menambah kejayaan di Terengganu. 

Tahap kedua periode zaman lepas DEB, parti-parti pembangkang utama mengadakan persefahaman pilihan raya menerusi satu entiti. Pas, DAP, PRM bekerjasama dengan parti baru, Parti Keadilan Nasional (KeADILan) menerusi Barisan Alternatif. Kerjasama ini memberikan pulangan yang tinggi untuk Pas, menerusi PRU10 (1999). 

Menerusi PRU10, Pas berjaya menguasai negeri Terengganu di samping mengekalkan kemenangan di Kelantan dengan penuh bergaya. Pas berjaya menyerbarluaskan pengaruhnya ke sebelah pantai barat, kawasan bandar dan pinggir bandar. Pas menang 27 kerusi Parlimen, serta mengatur kerusi-kerusinya dalam DUN Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. 

Dengan 27 kerusi Parlimen milik Pas, 10 DAP, 5 Keadilan, 3 PBS, membolehkan Presiden Pas, Fadzil Noor, diangkat sebagai Ketua Pembangkang, selepas kematiannya, diambilalih oleh TG Abdul Hadi Awang. 

Selepas DAP keluar Barisan Alternatif kesan kemerosotannya, PRU11 (2004), telah merudumkan prestasi Pas dan rakan-rakannya. Kemunculan pakatan tak rasmi dalam PRU12 yang melonjakkan pencapaian parti-parti pembangkang Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan 82 kerusi Parlimen dan menguasai 5 DUN menyakinkan kerjasama politik untuk membolehkan ke arah perlawanan satu lawan satu serta ke arah sistem dua parti.

Daripada pengalaman Pas dalam 3 tahap di atas, yang menyaksikan pahit manis pengalaman dan percaturan politik, amat sukar untuk Pas kembali kepada tindakan bersendirian dalam tahun 1960an dulu. Perubahan tuntutan zaman yang lebih terbuka serta nasional sifatnya, memerlukan tindakan politik ke arah kejayaan dan penglibatan yang lebih luas. Secara bersendirian, akan menghadkan dan membataskan peranan Pas dalam keterlibatkan menyusun dasar-dasar awam demi kepentingan ummah dan negara. 

Justeru itu, wajarkah Pas kembali bersendirian seperti dalam tahap awal pasca kemerdekaan dulu. Apakah Pas perlu mengekalkan tradisinya sebagai sebuah parti dalam lingkup keterbatasan wilayah, keterbatasan sektor dan keterbatasan sokongan khalayak. Perlukah Pas mengasingkan dokrinnya dalam pentas politik tanah air, yang nasional sifatnya, sekadar mewakili satu segmen khalayak yang terbatas pengaruhnya. Atau apakah saranan agar Pas bersendirian untuk mengembalikan Pas sebagai kuasa utama pembangkang dalam era pasca Merdeka (1959-1969) atau berhasrat untuk memudahkan UMNO/BN mengungguli PRU13. 

Selasa, 12 Mac 2013

DATUK HUSSAM CALON PAS PUTRAJAYA?

PUTRAJAYA, 12 Mac  — Naib Presiden PAS, Datuk Hussam Musa, diterima untuk bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti kata Ustaz Mohamad Nazir Zakaria Yang DiPertua PAS Kawasan Putrajaya. Menurut Ustaz Nazir, tidak mustahil YB Datuk Paduka Hussam Musa (foto) pula bertanding di Putrajaya. Sebelum ini  (PRU12) PAS Putrajaya mencalonkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan HJ Mohamad Nor tetapi tewas tipis dengan YB Tengku Adnan Mansor.
 “Ada kemungkinan besar beliau bertanding di Putrajaya, namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan,” kata Ustaz Nazir lagi. “Jika benar beliau berminat jadi calon di Putrajaya, kita tiada halangan, bahkan kita amat mengalu-alukan kehadiran future leader PAS itu”
“Sebenarnya sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon PAS Putrajaya kepada pihak PAS Pusat untuk dipertimbangkan malah kita telah bertemu dengan Tuan Guru Mursyidul Am berkenaan dengan hasrat ini dan pihak PAS kawasan telah bersetuju untuk menerima kehadiran Naib Presiden itu, dan cadangan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat PAS Putrajaya, ujar Ustaz Nazir.
“Jika YB Datuk Hussam bertanding di Putrajaya, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau kuat di sini, terutama kakitangan kerajaan.
Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya itu berkata, “sebelum ini kedengaran bahawa Parlimen Putrajaya akan ditandingi oleh seorang pimpinan tertinggi  PAS, namun atas faktor umor, kita terpaksa menolak pencalonan tersebut sepertimana kita menolak cadangan PAS Pusat yang sebelum itu mencadangkan seorang pesara kerajaan Prof Dato Nik Zain, juga atas faktor umor. Juga kita amat bertegas menolak calon yang mencalonkan diri sendiri atau meminta untuk menjadi calon. Ini bukan budaya PAS, tambahnya.
“Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU ke 13, termasuk calon import, tetapi kita bertegas mahukan Naib Presiden itu. InsyaAllah satu pertemuan dengan Presiden  sedang diatur dalam masa yang terdekat untuk mempertegaskan hasrat kita ini.” katanya.
Menurut Ustaz Nazir lagi, satu kenyataan akhbar akan dibuat olehnya sekiranya calon pimpinan tertinggi PAS yang diisytiharkan nanti bukan YB Datuk Hussam Musa”. Selain Datuk Hussam Musa,Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir  bekas Menteri Penerangan juga adalah layak untuk bertanding di Putrajaya dan harapan beliau untuk menang adalah lebih cerah. Tegas Ustaz Nazir.

Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan - Datuk Hussam Musa

Datuk Husam Musa,10 Mac 2013


Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.


Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.


PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.


PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.

Antara lain, tumpuan juga harus diberikan  kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada  PTD bahkan  dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.


Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj  bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya.

Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi  kewangannya.


Ketiga,  bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia  umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Kadar perlepasan cukai yang rendah  untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.


PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.

Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.


Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.

Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.

Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.

Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.
Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS

Selasa, 15 Januari 2013

Panas!! Ketua UMNO Bahagian Murtad??.. Hassan Aqidah Pengsan?? Hidup Melayu!!!

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/11/panas-ketua-umno-bahagian-murtad-hassan.html


Parti Melayu terbesar dan terkuat?
Ni Dia Ketua Bahagian Umno Yang Beragama Kristian Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.

Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam, memadai jika mereka memegang status bumiputera. Rujuk SINI

Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ????????????? Segalanya adalah kemungkinan.Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ??????????? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.

Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.Lihat seterusnya.. SINI

kristian pun sokong umno, jadi kenapa orang melayu perlu tolak? – john ambrose
KUALA LUMPUR, 9 Feb. – UMNO bukan hanya untuk orang Islam atau memperjuangkan orang Melayu sahaja tetapi ia adalah parti yang menjaga kepentingan semua kaum tanpa melihat kepada perbezaan agama atau kepentingan bangsa tertentu sebaliknya meliputi semua warga Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose yang merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian hairan dengan sikap segelintir pihak khususnya bangsa Melayu dan orang Islam yang menolak perjuangan UMNO.

“Saya merayulah kepada pengundi-pengundi di Kelantan dan di mana-mana agar menyokong UMNO dan saya sudah masuk UMNO sejak penubuhannya di Sabah sehinggalah ke hari ini saya tidak akan tukar parti kerana idealoginya jelas dan tidak berubah-ubah,” katanya dalam wawancara eksklusif kepada UMNO-Online.

Ujarnya, beliau akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak biarpun berbeza agama dan bangsa tetapi dalam idea berpolitik matlamatnya adalah sama.

“Saya berpendapat bahawa orang-orang Melayu harus memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib kerana dialah pejuang orang Melayu dan dia juga adalah pejuang kepada orang bukan muslim yang secara langsung adalah pejuang untuk Malaysia.”

Maklum beliau, di Bahagian Penampang, bukanlah satu kelainan apabila UMNO dianggotai oleh bukan Islam apatah lagi kebanyakan mereka ketua cawangan dan ahli jawatankuasanya juga adalah non-muslim bumiputera.

“Kekuatan kita adalah kerana kesatuannya dan jentera kita di sini adalah ahli-ahli UMNO yang hidup dalam satu kesatuan tanpa melihat kepada perbezaan agama atau bangsa tetapi apa yang penting adalah untuk telah membantu calon-calon BN di Penampang apabila tibanya pilihan raya.

“Kita pernah menang dengan majoriti tertinggi dalam negeri biarpun kalau melihat kawasan ini di mana pengundinya adalah lebih 40 peratus non-muslim bumiputera, selain lebih 40 peratus berbangsa Cina dan hanya kurang daripada lapan peratus sahaja Melayu, tetapi kita mendapat sokongan penuh hasil daripada keikhlasan bumiputra Kadazan-Dusun-Murut (KDM) di sini.”

Tambahnya lagi, tiada alasan untuk menolak UMNO dan kepimpinan Perdana Menteri yang menerajui BN apatah lagi pendekatan Datuk Seri Najib yang turun padang dan mendekati rakyat tanpa melihat kepada apa-apa perbezaan pun.

“Saya bukan Yang Berhormat atau mempunyai kuasa tetapi beliau sangat akrab dengan rakyat sehinggakan sanggup datang ke Penampang untuk meraikan sambutan rumah terbuka Krismas yang lalu malahan cara beliau bercakap tentang Islam tidak pernah menonjolkan bahawa beliau rasis.

“Orang Sabah ada kelebihan iaitu KDM adalah orang UMNO, yang diwakili dari komuniti kristian dan menjadi penyokong kuat UMNO jadi mengapa pula orang Islam di Semenanjung tidak mahu menyokong UMNO sedangkan idealoginya amat jelas dan tidak pernah berubah?”

Tegasnya lagi, kesatuan dalam UMNO dan BN akan memberikan kemenangan kepada BN lebih dua pertiga. – MediaUMNO
Perlembagaan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.

Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno. 



terdapat lebih dari 400 ribu dari 3.3 juta warga kristian dalam parti umno selama ini, apakah mungkin suatu hari nanti umno akan dipimpin oleh bukan islam? 

jika dirujuk pada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) sebagai seorang yang beragama Islam sama ada ahlul sunnah wah jemaah, syiah, wahabi, salafi atau apa saja. 

arakian mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. seorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka berada di Persekutuan atau di Singapura. 

menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak bolehditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana umno mahu terus melaungkan sloganHIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu bolehmenyertai dan menjadi pemimpin parti keris yang hampir menyembah bumi ini?

perkara beginilah yang sangat merunsingkan hasan ali mengenai status umnoyang bakal di kristiankan, anda juga pasti tahu hasan ali pasti tidak akan dapatmenerima hakikat ini kerana umum tahu hasan ali mengidamkan kerusi empukenteri besar selangor. - Era Pasca



Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian Bahkan Ahli sendiri pun dah ada yg MURTAD .

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Ahad, 6 Januari 2013

ISU KALIMAH ‘ALLAH’ : ALLAH FOR ALL



ISU KALIMAH ‘ALLAH’ : ALLAH FOR ALL

Sesuatu hukum dalam Islam, memerlukan kepada dalil. Jika mahu dikatakan boleh, dimanakah dalilnya? Dan jika mahu dikatakan tidak boleh, dimanakah dalilnya?

Dalam manhaj istinbat, Imam Ghazali tidak sealiran kaedah dengan Imam Abi Walid Al-Baji. Manhaj Imam Ghazali, sebarang pengistinbatan terhadap kewujudan sesuatu hukum, memerlukan kepada dalil, tetapi dalam menyatakan sesuatu itu tiada hukum, maka ia tidak perlu kepada dalil. Manhaj ini berbeda dengan Imam Abi Walid Al-Baji yang menyatakan, mengistinbatkan hukum dan menyatakan tiada hukum, kedua-duanya perlu kepada dalil.

Walaubagaimana pun, dalam isu menyebut kalimah Allah bagi non Muslim, Apakah dibenarkan atau tidak, ia memerlukan kepada dalil dalam menyatakan keizinannya. Adapun jika kita adalah golongan yang mengatakan tidak boleh, dalam manhaj Imam Ghazali, tidak perlu didatangkan dalil, bahkan sudah memadai dikatakan tidak boleh jika tidak didapati langsung dalil-dalil yang membenarkannya.

KALIMAH ALLAH

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.

Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair.

Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

Ketiga : Surah Al-Haj : 40

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

Maksudnya;
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

(Surah Al-Haj : 40)

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

Keempat : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda;

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ

Maksudnya;
“Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah
[1]

Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya;
“apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan”

Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?”

”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat
[2].

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul.

Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya.

ISYKAL DAN JAWAPAN

Pertama :

Mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah dapat melahirkan keraguan umat Islam terhadap maksud kalimah Allah SWT.

Jawapan;

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sepatutnya tidak difikirkan sebagai ruang non Muslim untuk meragukan umat Islam. bahkan, yang wajib difikirkan oleh umat Islam adalah, bagaimana kalimah Allah ini dijadikan sebagai kalimah yang sering disebut oleh non Muslim, kemudian diberikan kefahaman kepada mereka tentang maksud sebenar terhadap kalimah Allah yang mereka sebut itu. dan inilah, yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah di marhalah Makkiyyah dahulu.

Kedua:

Lebih baik menghalang dari mereka menggunakan kalimah Allah, kerana ia dibawah maksud ”sad Az-Zarai’”

Jawapan;

Kaedah ”sad Az-Zarai’” digunakan untuk menutup sebarang ruang-ruang yang boleh membawa kepada haram. Adapun dalam kes non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia merupakan ruang untuk mendekatkan non Muslim terhadap kefahaman maksud ”Allah”.

Ketiga:

Ramai orang Islam pada hari ini yang lemah aqidah, justeru, dibimbangi mereka terpengaruh dengan agama non Muslim, apabila mereka dibenarkan menggunakan kalimah ”Allah”

Jawapan;

Apabila lemah aqidah, maka perkara yang perlu dilakukan adalah, perkuatkan aqidah mereka. berikan kefahaman kepada mereka tentang aqidah yang sahihah.

Tindakan melarang penggunaan kalimah ”Allah” dari kalangan Non Muslim dalam usaha hendak menyelamatkan aqidah orang Islam, merupakan dakwaan yang terlalu dangkal. Ini kerana, tindakan tersebut samalah seperti doktor yang memberi ubat pening kepala kepada pesakit yang sedang sakit perut.

Keempat:

Tindakan non Muslim yang kini baru sahaja mahu menuntut mahu menggunakan kalimah Allah terkandung agenda tersembunyi

Jawapan:

Apakah wujud agenda tersembunyi atau tidak, ia bukan isu yang wajar dibangkitkan. Apa yang pasti, Nabi SAW ada bersabda;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang untuk dia bercakap
[3]

Justeru, dalam isu menggunakan kalimah ”Allah” bagi orang bukan islam, ia merupakan hak yang dibenarkan dalam agama mereka. justeru, hak ini hendaklah diberikan kepada mereka. jika mereka mahu menuntut hak itu, wajib diberikan ruang kepada mereka bersuara dalam menyatakan hak mereka.

Adapun sekiranya benar wujud agenda tersembunyi tersebut, maka ia perlu dihadapi dengan segala kebijaksanaan. Bukannya dengan melarang terus mereka daripada bersuara. Kerana, tindakan sebegitu akan memberi gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim.

KESIMPULAN

Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.

Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.

Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.

jika mahu difikirkan balik, mengapa tidak dijadikan kalimah “Allah” ini sebagai cara untuk melahirkan penyatuan manusia di seluruh dunia. Sekiranya Najib Tun Razak boleh menggunakan tema 1 Malaysia dalam usaha hendak menutup politik perkauman UMNO, mengapa tidak digunakan “esa Allah” dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang bangsa?

“ALLAH FOR ALL”

Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails