“Satu Singkapan yang perlu diketahui
oleh pendukung-pendukung Pas
sebagai panduan
dalam menempuh liku-liku perjuangan.”

Bertempat di perkarangan Bangunan Kelab Melayu Bagan di bandar Butterword, Seberang Perai berhadapan bandar Georgetown atau Tanjung di Pulau Pinang. Wakil-wakil yang hadir samaada mewakili pertubuhan-pertubuhan atau secara individu dianggarkan seramai antara 200 hingga230 orang semuanya termasuk beberapa orang wanita. (Utusan Melayu, 25 November & warta Negara 26 November 1951; dan 40 orang pemerhati; manakala Utusan Melayu menyatakan termasuk antara 200 orang yang hadir itu termasuklah pemerhati-pemerhati wanita seramai 20 orang) Antara wanita itu ialah Puan Dasimah Dasir yang mengambil bahagian berbahas membangkang hebat cadangan Ustaz Othman Hamzah yang mencadangkan pertubuhan yang bakal ditubuhkan itu dinamakan PAS.
Diaantara pertubuhan yang menghantar perwakilan ke perhimpunan merasmikan penubuhan PAS itu ialah;
a. Persatuan Guru-Guru Agama – Perlis
b. Persatuan Ulama – Kedah
c. Persatuan Anak-Anak Rakyat Kalimantan Malaya (PARKAM) – Perak
d. Kelab Darul Ehsan – Selangor
e. Kelab Melayu Bagan – Seberang Perai
f. Persatuan al-Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggul – Perak
g. Perikatan Melayu Bersatu Seberang Perai & Pulau Pinang
h. Dan banyak lagi Persatuan, Badan Kebajikan dan Kelab atau Jamaah terutamanya dari Pulau Pinang dan Seberang Perai; dan selain dari hadir atas nama peribadi termasuk Tuan-Tuan Guru, wartawan, imam dan termasuk dua orang kadhi.
Wakil daripada Persatuan al-Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggul, yang sebelum itu telah ditubuhkan sebuah parti politik Islam yang terkenal dikenali sebagai Hizbul Muslimin (HAMIM) merupakan satu-satunya parti Islam di Semenanjung Tanah Melayu yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Bakir Said sebagau Ketua Umumnya dan Naibnya ialah Ir. Haji Ariffin dari Johor Baharu dan Cikgu Muhamad Daud Jamil dari Kelantan yang tujuan penubuhannya ialah memperjuangkan kemerdekaan Malaya dari penjajah, juga bermatlamat menubuhkan masyarakat dan negara Islam di semenanjung Tanah Melayu ini diwakili seramai 4 orang perwakilan. Mereka ialah;
a. Ustaz yahya bin Abdullah – Ketua
b. Ustaz harun Fahmi – Ahli
c. Ustaz Baharuddin Abdul Latif - Ahli
d. Ustaz Othman Hamzah – Setiausaha
HAMIM ditubuhkan pada bulan Mac 1948 di Gunung Semanggul yang di’jolok’ oleh Yang Dipertua UMNO waktu itu iaitu Datuk Onn Jaafar sebagai “ bahaya turun dari Gunung” kerana bercita-cita mencapai kemerdekaan Malaya dan mendirikan Negara Islam. HAMIM diharamkan semasa Malaya diisytiharkan darurat pada bulan Jun 1950.
Wakil Persatuan Anak-anak Rakyat Kalimantan Perak ialah Ustaz Ahmad Azam, bekas Pesuruhjaya PAS terengganu yang memenagkan PAS di Terengganu hingga membentuk kerajaan PAS Terengganu selepas pilihanraya kebangsaan 1959.
PENGASAS PAS.
PAS diasaskan pada mulanya oleh ulama-ulama yang menyertai UMNO yang bermula dari dilema “loteri UMNO” terutamanya oleh Pengerusi Badan Ugama UMNO Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang tegas mengharamkan amalan loteri itu, kemudian diperkuatkan pula tekanan pengharamannya oleh dua orang ulama iaitu Tuan al-Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kepada Mantan PM, Tun Abdullah Badawi)dan al-Syeikh Fadhlullah Suhaimi dari Singapura.
Hasil dari dilema itulah terbentuknya Badan Ulama UMNO bahkan sebelum itu Pengerusi Badan Ugama UMNO telah membayangkan hasratnya untuk menubuhkan Kesatuan Ulama yang tersendiri sejak tahun 1950.
Pada tahun 1951 tertubuhlah sebuah panitia penaja Kesatuan Ulama itu di Seberang Perai. Menurut Ustaz Othman Hamzah, “saya diberitahu panitia itu terdiri daripada:
a. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
b. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Maliki – Setiausaha.
c. Al-Fadhil Haji Ahmad Badawi – Anggota (Ayahanda Mantan PM, Tun Abdullah Badawi)
d. Al_Fadhil Tuan haji Mansor JP – Anggota
e. Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Tuan Hussin – Anggota
f. dan dua –tiga orang lagi daripada Selangor dan Negeri Sembilan dari kalangan ulama-ulama dan juga ahli UMNO
Sayugia saya sebutkan, al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Fuad dan Haji Ahmad Maliki kedua-duanya adalah bekas guru saya ketika mereka berkhidmat sebagai guru pembantu di bawah pimpinan Ustaz al-Syeikh Abu Bakar al-Bakir Said, Mudir al-Ma’arif al-Ma’had al-Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggul Perak sebelum Perang Duani Kedua dahulu.” Ujar al-Marhum Ustaz Othman Hamzah.
TUJUAN PAS DITUBUHKAN
Tunggu Bahagian Ke2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan