MEMALI DALAM KENANGAN – IKTIBAR BUAT KITA
Lebih 23 tahun telah berlalu - 19 November 1985 memaparkan kepada kita peristiwa berdarah atau dalam perkataan yang lebih tepat pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali sebuah desa nun jauh di utara tanahair. Kepada kita ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia amnya yang cintakan saudara-saudara seagamanya pasti menitis air mata kerana mengenangkan kedurjanaan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional, membunuh sewenang-wenangnya seorang ulama bersama-sama dengan pengikutnya, menangkap, mengurung, menyiksa, memisahkan antara ibu dan anak, suami dan isteri serta memporak perandakan seluruh kampong. 13 pejuang Islam gugur sebagai syahid dalam tragedi tersebut, ramai yang tercedera dan mederita akibat serangan Polis. Rumah ulama ini diserang bertubi-tubi dek kerana dosanya kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional, hanyalah kerana hendak menegakkan kedaulatan Islam di muka bumi Allah Azzawajalla ini beliau gugur sebagai syahid.
Dua minggu lagi kita, ahli-ahli, penyokong dan pendukung jamaah ini akan berhimpun menghadiri Muktamar PAS kali ke 55. Sudah pasti, sudah 23 kali pejuang-pejuang Islam yang syahid ini tidak bersama-sama dengan kita lagi namun roh dan semangatnya tetap berada ditengah-tengah kita ini, tetap menjadi pendorong utama untuk para amilin perjuangan ini yang masih hidup untuk meneruskan tugas menegakkan kedaulatan hukum Allah di mukabumi ini.
Walaupun 23 tahun telah berlalu, tidak pernah walau sesaat pun kita lupa akan pengorbanan para syuhada Memali ini, tidak pernah kita merasakan mereka jauh daripada kita, tidak pernah kita lupakan bagaimana ngerinya pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan. Kalau ada yang menyatakan bahawa tragedi ini telah dilupakan oleh para ahli Harakah Islamiyyah ini maka ketahuilah bahawa anggapan itu tidak benar.
Bak kata YAB Tuan Guru Dato Mursyidul Am pada lebih 20 tahun yang lalu;
“kita akan mengingati tragedi pembunuhan beramai-beramai ini seumur hidup, akan kita ingat dan sebut terus menerus, akan kita perkatakan hingga hari kiamat”
Jika ada yang menyatakan bahawa tragedi ini adalah kemuncak kezaliman dan kekejaman UMNO Barisan Nasional maka kita beranggapan bahawa ini bukanlah puncak kekejamannya tetapi adalah siri dari kekejamannya dan mungkin kekejaman yang lebih hebat akan dilakukan kerana UMNO adalah parti yang tidak bersandarkan kepada beriman kepada hari akhirat maka mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kekuasaan mereka.
Mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Memali ini semata-mata didorong oleh nafsu buas mereka, kepatuhan yang membabi buta, melempar jauh bisikan kebaikan dan kemanusiaan yang tentunya ada pada setiap hati insan walau sejahat mana pun dia.
Maka merenung kembali peristiwa berdarah di pagi yang muram 19 November 1985 itu kita merasakan sangat aneh bahawa sebuah negara yang mendakwa negara Islam, menjunjung kasih sayang dan persaudaraan, menghormati hak-hak asasi manusia, percaya kepada Tuhan Yang Maha Adil, sama warna kulit dan bahasa, sama-sama mengucap dua kalimah shahadah, sama menerima rezeki dari Tuhan yang satu, setiap tahun mengadakan tilawah al-Quran, maulidur rasul, israk mikraj dan segala macam kegiatan agama tetapi sanggup melakukan kekejaman itu.
Sesungguhnya peristiwa Memali banyak mengajar kita, merenung masa lalu dan melihat masa depan akan cabaran-cabaran dan ujian yang mungkin lebih pahit akan dihadapi oleh pejuang-pejuang Islam dalam PAS. Lihat saja apa yang mereka lakukan di negeri Perak, di mana maruah mereka, langsung tiada rasa malu, tiada harga diri,angkuh sombong serta bermaharajalela mempermainkan kehendak rakyat dan yang sangat memilukan undang-undang yang mereka gubal mereka sanggahi demi kerana kuasa. Semoga YAB Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla untuk syahid tetapi semangatnya suaranya bagaikan terdengar-dengar meneriakkan ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!’..... Sesungguhnya jasadnya saja yang telah pergi, tetapi cita-cita dan semangatnya akan sentiasa bersama-sama kita untuk menegakkan risalah Tauhid di bumi Allah ini.
Ustaz Ibrahim Libya telah dihancurkan, tetapi semangat dan azamnya tidak dapat dimusnahkan. Sesungguhnya manusia boleh dihancurkan, tetapi tidak mungkin dapat dikalahkan. Hikmah yang ada pada tragedi lMemali ini ialah sejumlah SYUHADA yang berani dan tegas dari Harakah PAS telah mampu membayar dengan Mahal harga perjuangan Islam ini. ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!’..... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka dan SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PARA PERWAKILAN.......INGAT KAMU ADALAH PEJUANG-PEJUANG ISLAM!!!!!


Walaupun 23 tahun telah berlalu, tidak pernah walau sesaat pun kita lupa akan pengorbanan para syuhada Memali ini, tidak pernah kita merasakan mereka jauh daripada kita, tidak pernah kita lupakan bagaimana ngerinya pembunuhan beramai-ramai ini dilakukan. Kalau ada yang menyatakan bahawa tragedi ini telah dilupakan oleh para ahli Harakah Islamiyyah ini maka ketahuilah bahawa anggapan itu tidak benar.
Bak kata YAB Tuan Guru Dato Mursyidul Am pada lebih 20 tahun yang lalu;
“kita akan mengingati tragedi pembunuhan beramai-beramai ini seumur hidup, akan kita ingat dan sebut terus menerus, akan kita perkatakan hingga hari kiamat”

Mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Memali ini semata-mata didorong oleh nafsu buas mereka, kepatuhan yang membabi buta, melempar jauh bisikan kebaikan dan kemanusiaan yang tentunya ada pada setiap hati insan walau sejahat mana pun dia.
Maka merenung kembali peristiwa berdarah di pagi yang muram 19 November 1985 itu kita merasakan sangat aneh bahawa sebuah negara yang mendakwa negara Islam, menjunjung kasih sayang dan persaudaraan, menghormati hak-hak asasi manusia, percaya kepada Tuhan Yang Maha Adil, sama warna kulit dan bahasa, sama-sama mengucap dua kalimah shahadah, sama menerima rezeki dari Tuhan yang satu, setiap tahun mengadakan tilawah al-Quran, maulidur rasul, israk mikraj dan segala macam kegiatan agama tetapi sanggup melakukan kekejaman itu.

Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla untuk syahid tetapi semangatnya suaranya bagaikan terdengar-dengar meneriakkan ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!’..... Sesungguhnya jasadnya saja yang telah pergi, tetapi cita-cita dan semangatnya akan sentiasa bersama-sama kita untuk menegakkan risalah Tauhid di bumi Allah ini.
Ustaz Ibrahim Libya telah dihancurkan, tetapi semangat dan azamnya tidak dapat dimusnahkan. Sesungguhnya manusia boleh dihancurkan, tetapi tidak mungkin dapat dikalahkan. Hikmah yang ada pada tragedi lMemali ini ialah sejumlah SYUHADA yang berani dan tegas dari Harakah PAS telah mampu membayar dengan Mahal harga perjuangan Islam ini. ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!’..... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka dan SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PARA PERWAKILAN.......INGAT KAMU ADALAH PEJUANG-PEJUANG ISLAM!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan