

JAWAPAN NIZAR BERKENAAN ISU INI..
Nizar Nafi Hadiri Upacara Nyalakan lilin

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.
Ekoran itu, katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib memberikan komen atas laporan berita yang salah.
''Dia (Harun) baca Utusan Malaysia yang lapor tidak betul, jadi dia komen atas laporan yang salah. Dengar betul-betul, saya tidak kata dia buat komen yang salah tetapi buat komen atas laporan yang salah.
''Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohammad Nizar mengulas kenyataan Harun bahawa beliau tidak sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Selain kenyataan Harun, Utusan Malaysia turut menyiarkan gambar Mohammad Nizar berdiri di sebelah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sambil memegang lilin.
Malah kata Harun, Pas sendiri telah membuat garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri para pemimpin serta ahli parti itu.
Pada masa sama, Harussani pula menyifatkan tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.
Mengulas lanjut, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beliau tidak menyalahkan Harun, Zambry mahupun Harussani kerana membuat komen terhadapnya itu.
''Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah.
''Saya cuma kasihan kepada mereka kerana membuat komen atas laporan berita yang tidak betul," katanya.
Mohammad Nizar berkata, pemberita yang melaporkan berita salah itu membuat fitnah besar dan beliau akan menuntutnya semasa di akhirat.
Sumber:http://tikedah7980.blogspot.com
Posted by ijoks2009 at 12:25 AM
Labels: Isu Semasa
1 comments:
BUJANG SUSAH said...
Takbirrrrrrrrrr.......!!!!! Syabas IR Nizar.... jangan layan beruk2 yg xder kijer lain tu.. juga untuk pemimpin2 PAS.. hangpa jangan dok terlupa.. hang selalu kata utusan, berita hairan, tv3 dan kawasan2 yg sewaktu dgnnya tu penipu.. tp hang buat jugak ulasan dari berita2 mereka.. masuk jerat lagi la nampaknya.. Datuk Harun.. nak menyatakan hukum tu memang x salah tetapi mestilah adil dan kena tau info yg betul, tp hangpa terlupa sesuatu.. setiap kali pemberita ajukan soalan untuk kita semua sebenarnya kerana mereka nak memerangkap kita, lalu memecah belahkan kita. Maksudnya disini berhati2lah ketika cuba menjawab soalan pemberita hanjing yg dibela oleh AMENO tu. Silap sikit hanjing2 ni dok siar sampai berbulan2 x habis2. Sekarang Nizar dah kata dia x pergi semasa majlis penyalaan lilin tu.. laa ni sape nak jawab? Sbb datuk harun percaya yg utusan kata Nizar turut sama menyalakan lilin. Klau zambry keling dgn harus sana sini tu aku mmg aku dah malas nak ulas dah.. So ingat2 la pemimpin PAS. lain kali kalau ada pemberita2 anjing ni mintak ulas apa2 isu.. mintak dia tunjukan bukti kemudian siasat dulu.. kata dgn dia selepas siasatan rapi baru kita akan buat ulasan. dia org nak tunggu, tunggu laa.. klau xnak pegi mampos sama dia.. sebelum mengakhiri komen ini, lepas ni korang boleh tengok kat link ni..>>>
(http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/07/datuk-mufti-perak-tolong-cakap-sikit.html)
dan aku mintak sapa2 tolong sampaikan kat zamry bebal dan harus sana sini yg dah nyanyuk tu.. mintak dia org keluarkan fatwa plak.. jangan x boleh nak jawab sudah.. wassalam.
1 ulasan:
Memang sudah menjadi adat resam bagi orang2 UMNO dari dulu sampai kini dan selama nya. Apa yang orang UMNO buat itu semua nya betul dan tidak pernah salah. Orang yang menentang UMNO buat semua nya tidak betul dan salah. Itu lah sifat UMNO yang disanjung tinggi oleh pembodek2 telor dan sekutu Najib. UMNO... dulu, kini dan selamanya yang tidak akan berubah sampai hari khiamat.
Catat Ulasan