SELAMAT DATANG

Isnin, 25 Januari 2010

KHIR TOYO TAK KEBULUR JAWATAN MB?



بسم الله الرحمن الرحيم


Rumah khir toyol yang usang sama seperti rumah rakyat biasa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo berkata beliau tidak berhasrat untuk memimpin negeri itu sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum akan datang. Mohamed Khir berkata, walaupun keutamaannya adalah melihat BN menggulingkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang, namun beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi menteri besar. Katanya, beliau telah memberikan khidmat yang terbaik dalam tempoh lapan tahun semasa menjadi menteri besar dan beliau merasakan perlu ada calon baru diberi peluang untuk memimpin negeri elit itu.

“Saya bangga kerana selama tempoh lapan tahun saya memimpin negeri ini, Selangor berjaya mencapai status negeri maju.

“Negeri ini telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik di bawah kepimpinan saya dan saya fikir sudah tiba masanya seorang muka baru diberi peluang untuk memimpin negeri ini jika Barisan menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Star semalam. - nuraflah

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails