
Mampukah Spekulasi GABEM - Buatkan KEDAH LANIE Senangkan BN Menang
penulis tamu - AzizMan
Kedah selayaknya mendapat gelaran Darul Aman hanya ketika ciri dan seluruh kriteria sebagai negeri yang Aman dan Sejahtera. Lantaran itu diharapkan negeri ini meni’mati harkat keamanan dan kesejahteraan yang merentas seluruh aspek kehidupan warganya iaitu ’Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ bukan saja sejatrera dalam mentadbir urusan pemerintahan , sejahtera dalam mengurus keperluan rakyat , sejahtera dalam kehidupan harian yang dijamin keselamatan , bebas dari gejala sosial, telus dalam menguruskan sumber kekayaan , prihatin dalam mendapat pembelaan ketika hak warga dinafi , waras dalam menyuarakan pandangan ketika berkhilaf antara rakayat dan kerajaan serta yang terpenting , ikhlas dalam menegakkan dan mendaulatkan hukum-hukum Allah S.W.T.
Keutuhan sebuah masyarakat bermula dari keupayaannya melahirkan ciri-ciri kemandirian dikalangan rakyatnya. Samada diperingkat individu atau dalam wadah organisasi, rakyat yang berbudaya mandiri akan mampu bertahan dalam suasana apapun samada kemelesetan ekonomik mahupun kegawatan politik.
Membina rakyat yang tersemai sifat dan budaya berdikari adalah faktor penting jika Kedah mahu melangkah untuk mencapai kegemilangan dalam pemerintahan (governance) dan kepekaan dalam kewargaan seperti yang dikehendakki oleh rakyat. Soalnya bagaimanakah ini boleh dicapai?
Pemimpin perlu sedar bahawa kesinambungan sebuah pemerintah adalah bergantung kepada keupayaan rakyat dilibatkan dalam membuat keputusan. Parti politik dan orang politik punya peranan tersendiri , namun penentu sebenar adalah rakyat yang sentiasa menilai dan melihat gelagat pemimpin yang dilantik dalam proses demokrasi. Pun begitu , kami juga sedar bahawa kepimpinan negeri perlu dianggotai oleh mereka yang layak menerajui kerajaan . Pemimpin yang tidak tahu membawa diri sebagai pemimpin yang memikul amanah , bukan pemimpin yang layak dianugerah jawatan. Hanya memimpin dengan memikul gelaran bukan pemimpin yang layak dipertaruhkan amanah.
Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal , merangkap Pengerusi UMNO Negeri Kedah mendakwa ekonomi Kedah semakin mundur sejak Kedah di tadbir oleh PR. Dakwaan ini telah menaikan emosi MB Datuk Seri Azizan Razak yang marah pasal orang luar mencampuri hal pentadbiran PR di Kedah, Datuk Mahfuz, dan Ustaz Idris pula menyokong kenyatan Pentadbiran Kerajaan PR Kedah hari ini pantang kalau di kritik oleh sesiapa saja mahu pun NGO . perkara ini di perakui oleh Setiausaha Politik MB Muhammad Sanusi Md. Noor bahawa UMNO tiada bukti mendakwa ekonomi Kedah merosot, Sanusi turut membentangkan fakta-faktanya sekali, semasa BN hasil balak cuma 8 juta setahun, tapi bila PR ambil alih peningkatan kepada 39 juta pada tahun 2009, KDNK miningkat ke 4.6 % juga pendapatan isi rumah turut bertambah dari RM 2,126.00 kepada 2,408.00 setahun dan pengganguran dapat di kurang dari 3.8% ke 3.3%.
Teguran dan kritik kadang kala ada juga yang terkena batang hidung kita atau kenyataan yang di buat itu ada kebenarannya, MB jangan lah melatah, MB hendaklah peka dengan keadaan ekonomi yang di harungi oleh rakyat hari ini, mereka tertekan dengan keadaan ekonomi yang amat kritikal, harga makanan dipasar seperti ikan kembong (temenong) kadang kala mencecah RM 10.00 sekilogram , lain-lain barang-barang keperluan bukan saja harga gula naik , barang-barang lain pun turut naik setiap hari, Super Market, kedai 24 jam tumbuh sana sini sampai peniaga pasar malam pun tidak dapat bersaing.
Spekulasi yang di bangkitkan oleh Pengurusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Negeri Kedah yang di terajui oleh ADUN Guar Cempedak YB Dato’ Ku Abd. Rahman Ku Ismail agar Kerajaan PR Kedah menyahut cabarannya bahawa kenyataan oleh Pengurusi Perhubungan Negeri Kedah itu benar menjadi kita truja kepada PR Kedah, tetapi sekadar mengeluarkan ’public relations exercise’ berkaitan ekonomi Kedah lanie telah mantap, apakah rakyat akan terima bulat-bulat?, rakyat masih lagi menagih dan menunggu janji-janji semasa pilihanraya 12 dulu. Rumah Mampu Beli untuk rakyat miskin belum pun nampak lagi, Sekolah Agama Rakyat pun masih hidup segan, masalah sosial bertabah tenat, dah 2 tahun memerintah masih tidak nampak dimana Islamiknya NegeriKedah di bawah payung PR, malah mana dia Islam kaffahnya?.
Kerajaan PR Kedah adalah sebuah kerajaan masih juga berbangga dengan projek mega bernilai berjuta-juta ringit, Dalam masa yang sama rakyat di himpit kemiskinan. Rakyat masih ingat semasa kempen dulu PR tidak setuju dengan cara pengswastaan kerajaan pusat, kerana membebankan rakyat. Apabila PR perintah Kedah Jabatan Air Kedah dah diswastakan.rakyat sana sini mengeluh kemungkinan bil air akan naik.
Komplex University Insaniah bakal di bena dii Kuala Ketil dan Projek ZIPY (Zon Industri Petroleum Yan) FDI UMNO yang cari cuma penjenamaan baru oleh PR Kedah. Projek mega Sulihh (Sungai Limau Haidrokaban Hub), projek logi penapisan yang bekalan minyak mentah dari negara timur tengah iaitu Iran.(kawasan negara –negara yang politiknya tidak berkonsisten.) ZIPY projek lama UMNO jenama baru PR SULIHH.
Berita Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak diluluskan Jabatan Alam Sekitar telah tersebar luas di Kedah, ini terbukti Kerajaan PR Kedah gagal mematuhi prosedur perundangan dalam soal projek-projek yang memberi kesan dan risiko kepada alam sekitar dan masyarakat. kenapa masih berdegil nak teruskan juga, bagi NGO yang menentang projek ini menganggapkan satu keputusan yang terbaik oleh JAS sebab di kawasan projek memerlukan EIA, Cost Benefit Analisis, (SEA) untuk keselamatan dan keselesaan kehidupan harian rakyat kawasan projek di laksanakan.
Gurun sudah pun ada kilang baja petroleum, trajedi gas ammonia, telah berlaku keracunan kepada murid-murid sekolah di Guar Cempedak, sungguh pun kejadian ini berlaku beberapa tahun dulu, tetapi trajedi ini masih menghantui masyarakat di sini.
Untuk maklumat kita semua kesan kepada alam sekitar oleh kilang-kilang penapis minyak yang di bina di luar negara telah di kesan serta dibuat kajian oleh sainstis tersohor dunia, bahawa kilang-kilang ini mengeluarkan sullfur dioksida, nitrogen oksida, karban manoksida, dan bahan toksik yang beracun, bahan-bahan pelepasan dari kilang penapis ini amat berisiko tinggi kepada kesihatan rakyat, seperti penyakit kanser, masalah pernafasan, leukimia, kesan kepada otak dan buah pinggang, kerosakan kepada paru-paru dan lain-lain alahan terutama kepada kanak-kanak, ibu mengadung dan warga mas.
Sulihh di bina didalam laut selepas di tebus guna, kedudukannya diantara Pulau Bunting, Pulau Songsong, Pulau Telor, dan hanya beberapa nuatika sahaja dari Taman Negara Pulau Payar. Implikasi atau kesan kepada nelayan pantai akan berlakunya kekurangan hasil tangkapan ikan dan hasil laut akan pupus , perkara ini amat membimbangkan nasib nelayan pantai,dan setelah menjadi laluan kapal-kapal penganggkut minyak pelbagai masalah akan berlaku, di bimbangi yang dikejar tak dapat yang di kendung berciciran, Nasib nelayan pantai di Kedah akan pudar sama dengan nasib yang menimpa nelayan di Tanjung Kling, di Pantai Kundur negeri Malaka setelah terbinanya kilang Penapis Minyak Pertrolnas di sana.
Suatu persoalan di disini kenapa MB berdegil nak teruskan juga? Kerana MB meramalkan selepas 2014 kerajaan PR Kedah akan mendapat keuntungan RM400 juta setahun,.Didalam masa yang sama MB tahukah apa akan berlaku di Yan, dan lain –lain tempat kesan sampingan dari projek mega ini. Keluasan pulau buatan manusia yang dirancang bagi tujuan industri petrokimia ini menjangkau 700 hektar menjadikan semenanjongnya kira 15-20 km.panjang. penambakan ini akan menyebab berlakunya perubahan arus laut, tempiasnya kepada kesan kepada perubahan sifat haidrodinamik air, kejadian seperti ini dikesan telah berlaku di Kuala Johor, Pengerang, pulau Ubin, Pulau Tekong, Pulau Merabong, Tanjung Kupai di Gelang Patah , dan juga berkalu di Singapura selepas panambakan laut.
Kebergantungan rakyat kepada keperluan hidup adalah kepada kestabilan pentadbirannya kerajaan yang memerintah, Rakyat Kedah majoriti hidup bergantungan sebagai nelayan dan sebahagian lagi sebagai petani , nelayan pantai di laut bertarung dengan hasil tangkapan yang berkurangan akibat ganguan pukat tunda dan, vessel siput retak seribu, Apollo, boya dan lain-lain. Petani pula tertekan dengan harga padi yang murah sedangkan perbelanjaan pengurusan lain naik seperti upah tractot, mesin padi , baja, racun dan lain-lain.
Mood rakyat hari hendak kepada makanan yang murah mahukan kerajaan adakan peluang-peluang perkerjaan, rumah mudah milik, jenayah dikurangkan aktiviti agama di pertingkatkan. Kebersihan dari sampah sarap peluang-peluang perkerjaan, dan kemudahan asas yang lengkap. Jika keadaan kerjaan PR Kedah sekarang masih lagi berangan dengan projek mega, maka akan tibalah masanya rakyat akan berubah kepada Kedah Lanie Senangkan BN Menang – Pas Pula Duk Tak Senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan