SELAMAT DATANG

Khamis, 28 Januari 2010

Pemuda PAS / PR : Keluarkan Kenyataan Berasingan!

Baca harakahdaily untuk maklumat awal.

Terpulang kepada orang lain, tapi saya tidak gembira sangat dengan pendirian bersama yang dibuat oleh Pemuda PR dan Pemuda BN dalam isu pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat.

Ini tidak bermaksud saya menyetujui tindakan buruk itu dan tidak bermaksud juga saya tidak menyokong pendirian pemuda semua parti politik itu.

Apa maksud saya?

Maksud saya Pemuda PR perlu membuat pendirian berasingan daripada pemuda BN. Tidak mengapa pendirian itu serupa, tetapi ia perlu dibuat secara berasingan. Serupa tidak semestinya bersama.

Saya setuju bahawa isu ini merentasi sempadan agama, bangsa dan politik. Tetapi itu tidak bermakna Pemuda PR perlu membuat kenyataan bersama dengan Pemuda BN, terutamanya Pemuda Umno.

Terus-terang saya katakan, saya sangat ragu-ragu kepada pemuda Umno. Saya meragui keikhlasan dan kesungguhan mereka.

Umno adalah parti politik, semata-mata sebuah parti politik. Mana ada idealisme dalam perjuangan Umno samada idealisme bangsa apatah lagi agama. Idelisme Umno ialah ‘perut (perutisme)’.

Kenyataan bersama ini seperti memberi suatu kekuatan baru kepada Pemuda Umno untuk membentuk persepsi rakyat bahawa dia juga berjuang demi agama. Bahasa pendeknya, Pemuda Umno juga sayang agama.

Buktinya ialah, Pemuda PAS bersama dengannya dalam isu pencemaran terhadap rumah ibadat ini.

Betul, almarhum Ust Fadhil Noor pernah bersama menandatangani perisytiharan mengenai Palestin dengan Tun M. Tapi ingat, itu isu Palestin bukan isu masjid di Malaysia.

Isu Palestin sukar ‘digimikkan’ seperti isu tempatan ini. Kalau isu Palestin digimikkan oleh Umno, dunia akan mengutuknya habis-habisan kerana Palestin adalah perhatian dunia.

Pemuda Umno cuba untuk menjadi hero di hadapan mata masyarakat Islam dalam isu ini. Umno perlukan talian hayat daripada orang Islam sebagai modal pilihanraya.

Khabarkan kepada saya, sejak bila Umno konsisten membela masjid? Kalau ya, mengapa ada masjid teroboh di Terengganu? Kalau ya, mengapa Umno ‘kunci’ masjid dan lebih rela membiarkan ‘cicak’ dan ‘lipas’ berjamaah di rumah Allah itu?

Sebab itu, bagi saya Umno bersandiwara dengan ketrampilannya sebagai pembela masjid dalam isu ini. Apa beza antara lempar kepala babi ke dalam masjid dengan membiarkan masjid kosong?

Apa makna marahkan perbuatan melempar kepala babi ke dalam masjid tetapi tidak marah jika ada orang melarang disebut nama Allah dalam masjid?

Bukankah Dr Asri, pernah dilarang berkuliah di dalam masjid tertentu? Bukankah itu maknanya melarang nama Allah daripada di sebut di dalam masjid?

Ini bukan masa untuk kita ‘bermujamalah – menunjuk baik’ dengan Umno. Umno cekik leher rakyat Kelantan, cekik rakyat dengan GST, cekik rakyat dengan rasuah dan penyelewengan, tiba-tiba hulur tangan untuk berbaik dalam isu pencemaran masjid.

Kita pula, untuk tidak mahu mengecilkan hati Umno, menyambut huluran tangan itu. Hah…

Pemuda PAS atau Pemuda PR perlu ada kenyataan berasingan dalam isu ini. Tinggalkan Pemuda Umno bersendirian. Biarlah mereka dengan dunia mereka kerana kita ada dunia kita yang tersendiri.

Bagi Umno ‘dunia’ Umno, bagi kita ‘dunia’ kita.

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails