SELAMAT DATANG

Rabu, 3 Februari 2010

Kalthom: PAS kehilangan ikon Muslimat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali menyifatkan pemergian mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Hajjah Kalthom Othman sebagai satu kehilangan besar kepada parti khususnya bagi DMPP sendiri.

Lo' Lo' berkata, Allahyarhamah telah banyak menaburkan jasa dan berkorban sepanjang penglibatannya dalam perjuangan PAS.

Beliau turut melahirkan sedih kerana tidak berpeluang untuk menziarahi janazah Allahyarhamah kerana masalah kesihatan.

"Hari ini saya dan seluruh jemaah PAS kehilangan seorang mentor dan ikon pimpinan muslimat.

"Saya berasa sedih kerana belum cukup sihat untuk pergi menziarahi jenazah yang saya kira sangat hebat dan begitu banyak jasa serta pengorbanannya. Moga rohnya ditempatkan bersama para syuhada," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Hajjah Kalthom Othman, 61,kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamah adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu disemadikan selepas Zohor tadi dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails