SELAMAT DATANG

Isnin, 1 Februari 2010

memang Dah tau mahkamah rayuan yg akan buat keputusan..TAPI BILA..???

Mahkamah Rayuan jadi penentu kedudukan ADUN Kota Siputeh

JITRA - Persoalan sama ada Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarip kekal sebagai wakil rakyat atau terpaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dijangka diketahui dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut mengenai status kerusi DUN Kota Siputeh itu sama ada ia dikekalkan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau terpaksa memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

"Kita sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan ini setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

DUN Kota Siputeh mempunyai 19,771 pengundi dan daripada jumlah itu sebanyak 18,130 pengundi adalah kaum Melayu manakala selebihnya adalah pengundi Cina, India dan masyarakat Siam.

DUN Kota Siputeh adalah sebuah kawasan di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kawasan itu terletak bersempadanan Kedah/Perlis.-Bernama

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails