SELAMAT DATANG

Jumaat, 14 Mei 2010

AL-FATIHAH:- Ashaari Muhammad meninggal dunia AL-ARQAM. . .

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muha...mmad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.Al-Arqam yang diasas dandipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam. Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Sungai buluh, Kuala Lumpur.Ashaari pernah mendakwa beliau pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.. YANG PERGI TIDAK AKAN KEMBALI.. .doakan yg INDAH2..amin ya rabbal alamin.. .



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails