Setiba di Lapangan Terbang sibu kelihatan beberapa rakan dari PKR hadir bagi menjemput ketibaan dato Sri Anwar Ibrahim pada jam 4.35 petang ini. Beliau di jangka berada di Sibu sehingga 16 Mei iaitu hari pembungan undi.
Bersama YB Teng, ADUN Perak di Lapangan Terbang Sibu sebentar tadi
InsyaAllah ana akan membantu Pesuruhjaya PAS Sarawak dalam memastikan kemenangan calon DAP dalam pilihan raya ini.
“Ana akan melaporkan diri di Markas PAS Kg Hilir di Dun Nangka yang majoriti pengundinya adalah Melayu Melanau yang beragama Islam,”
Ketika menghubungi YB Dr Hatta Ramli Bendahari PAS Pusat sebentar tadi, beliau bersama-sama dengan pimpinan lain sedang berkempen di Rumah Panjang Sg Aup.
Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.
Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).
Dalam pilihan raya Sarawak 2006, DAP telah mendapat enam kerusi DUN dan PKR mendapat satu kerusi. Ia dimenangi di kawasan majoriti Cina.
Sejak itu, ia terus berkembang dengan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan semakin meningkat.
Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil ini. BN pula memilih Robert Lau Hui Yew sebagai calon.
Dalam pilihan raya umum 2008, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.
Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan