Ajk Pas Pusat Mat Sabu sewaktu berceramah di Pandamaran ,malam minggu yang lalu berkata yang menjadi perosak kepada bangsa sendiri bukan orang Cina dan kaum-kaum lain tapi ialah parti yang bernama Umno. Umno bukan takat tak jaga Melayu malah jauh sekali untuk pertahankan syiar Islam. Syariat lagi jauh.Kata Mat Sabu, sekiranya Karpal Singh jadi MB Johor dan istihar cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad maka akan berlakulah pertumpahan darah tapi disebabkan Muhyidin Yaasin yang jadi MB Johor maka Umno diam tak kata apa.Langsung tak pertahan cuti hari Jumaat yang jadi hari kebesaran umat Islam.Begitu juga di Perlis yang juga kerja buat Umno yang turut tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.
Begitu juga jika Lim Kit Siang yang istihar bantuan sekolah agama rakyat (SAR) dihentikan maka Brahim Ali akan berguling-guling daripada Kota Bharu untuk buat tunjuk perasaan di Kuala Lumpur tapi disebabkan yang istihar bantuan sekolah agama rakyat itu ialah manusia yang bernama Mahathir Mohamed maka Umno senyap tak kata apa.
Kata Mat Sabu lagi sekiranya Lim Kit Siang juga yang kata pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik wajib diajar dalam bahasa Inggeris maka orang Melayu Umno akan bangun menentang dengan sekeras-kerasnya tapi yang buat dasar tersebut ialah pemimpin Umno maka orang Melayu Umno tak berani bangun untuk menentangnya. Bahasa sendiri pun Umno tak mampu nak pertahan apatah lagi nasib anak bangsa Melayu.NGO2 Melayu pro Umno juga jadi lembik jika libatkan dasar yang tak popular dibuat pemimpin Umno.
Yang jadikan Zionis Israel sebagai 'sahabat' bukan orang Cina dan India tapi pemimpin Umno yang melakukannya.Yang galakkan judi yang jelas haram untuk dihalalkan juga pemimpin Melayu Umno bukan kaum lain!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan