Harakahdaily
PERDANA RESORT, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-50 bermula jam 9.00 pagi dengan alunan ayat suci al-Quran serta nyanyian lagu Negaraku dan lagu PAS.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hadir sebagai tetamu.
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad dalam ucapannya menyeru para perwakilan merealisasikan tema muktamar kali ini iaitu 'Muslimat Penggerak Kemenangan, Penyelamat Ummah'.
9.30 pagi: Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dalm ucaptamanya berkata, muslimat akan terus mempertahankan konsep kepimpinan Ulama' dalam PAS. Muslimat juga akan terus mendukung dasar tahaluf siasi yang dilaksanakan oleh PAS serta terus mendukung dasar strategi terbuka 'PAS for All'.
Muslimat juga katanya akan terus menjadikan kebajikan rakyat antara agenda utama gerak kerja terancang.
Ustazah Nuridah turut memohon Allah s.w.t menguatkan umat Islam di mana sahaja khususnya kepada umat Islam di Gaza.
10.15 pagi: Tayangan multimedia Dewan Muslimat PAS Pusat dipertontonkan kepada pada hadirin.
10.25 pagi: Ustazah Nuridah mengetuai acara memotong pulut sempena 50 tahun Dewan Muslimat PAS bersama pimpinan utama muslimat.
10.27 pagi: Pelancaran Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA) dan Ustazah Nuridah melancarkan tabung kutipan dana bagi akademi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan