Harakahdaily |
KOTA BHARU, 10 Jun: Ketua Pemuda PAS menyeru agar bekas pemimpin PAS yang menyertai Umno iaitu Datuk Nakhaie Ahmad, Datuk Ahmad Shabery Chek, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Jamil Khir kembali semula kepada PAS kerana terbukti 'Umno sudah busuk hingga ke usus' 10.00 pagi
Jamuliddin bersama 11 lagi rakyat Malaysia turut berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang Israel ketika menghantar bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang sedang sengsara. Bagi Nasruddin, Umno hanya mengambil kesempatan untuk mengaut populariti dari isu ini. 9.50 pagi: Nasruddin mengajak semua bekas pemimpin yang pernah mendapat tarbiyah PAS agar kembali kepada parti Islam itu kerana terbukti Umno sudah rosak teruk iaitu sudah busuk hingga ke ususnya. Yang dinamakan beliau adalah Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Dr Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) dan Datuk Nakhaie Ahmad. 9.10 pagi: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan memulakan ucapannya bertajuk Memurnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan. Beliau mahu ketika PAS mahukan kemenangan dalam pilihan raya, perjuangan PAS tidak ditinggalkan iaitu untuk Islam. Turut hadir dalam muktamar Pemuda adalah Ustaz Datuk Yahya Osman yang disifatkan oleh Pengerusi Tetap, Misbahul Munir sebagai murabbi untuk kebanyakan pemimpin PAS sekarang khasnya dari Dewan Pemuda. 9.05 pagi: Pengarah Muktamar Pemuda PAS, Kamaruzaman Yusof dalam ucapan alu-aluannya berkata, Pemuda PAS mencipta sejarah hari ini apabila perwakilan PAS kini lebih ramai kerana ia diwakili terus dari kawasan seluruh negara bukannya negeri sebagaimana sebelum ini. Beliau turut memaklumkan kertas laporan kewangan muktamar yang dibentangkan dalam buku laporan ditarik balik kerana berlaku kesilapan taip. Laporan baru akan dibentangkan semula dalam muktamar ini. 9.00 pagi: |
Khamis, 10 Jun 2010
Muktamar Pemuda: PAS ajak Shabery, Nakhaie, Puad sertai PAS semula
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan