SELAMAT DATANG

Khamis, 10 Jun 2010

Langsung: Muktamar Dewan Ulamak ke-49

Harakahdaily

MACHANG, 10 Jun: Kira-kira 400 perwakilan dan pemerhati memenuhi Markas Dewan Ulama (Madu) di sini bagi mengikuti Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-49.

Mereka memenuhi Dewan Madu seawal jam 8.00 pagi bagi mengikuti perjalanan muktamar yang bermula sebentar tadi.

Ucapan dasar yang bertema 'Memperkasa Kewibawaan Ulama' dibacakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua dewan itu, Datuk Harun Taib yang keuzuran tiba dengan bertongkat kira-kira jam 10.20 pagi yang disambut dengan laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perasmian muktamar telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta Dewan Pemuda dan Muslimat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) malam tadi

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails