Jarang sekali warga Putrajaya hadir begitu ramai dalam program yang dianjurkan seumpama itu. Ini menunjukkan orang ramai ingin tahu maklumat sebenar isu-isu semasa dari sumber lain yang lebih tepat dan benar. Selama ini, media arus perdana sering memutar belitkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, juga isu-isu berkaitan dengan rasuah serta isu perkauman yang sengaja dibangkitkan oleh UMNO/BN semata untuk kesinambungan politik mereka.
Malam tadi kedua-dua penceramah iaitu Ustaz Nazir dan Mat Sabu telah merungkai beberapa isu yang sedang diperkatakan rakyat yang rata-rata semakin terasa kecelaruan pemerintah dalam menangani permasalahan rakyat. Penjelasan dan pendedahan mereka dengan bahasa yang begitu mudah cukup mencuit dan memegunkan orang ramai.
Ceramah Mat Sabu yang sememangnya penuh dengan humor dan celoteh yang mencuit hati tidak menganjakkan orang ramai sehinggalah Mat Sabu menamatkan ceramah tersebut. 3 jam lebih program ceramah rupanya masih tidak memuaskan orang ramai yang hadir. Mereka ingin tahu banyak lagi isu yang tidak sempat dikupas dan diulas.
"Hari ini UMNO/BN menggunakan pendekatan 3R (races religion royal)untuk menaikkan sentimen rakyat untuk menolak Pakatan rakyat dan ternyata mereka berhasil merompak kerajaan pilihan rakyat di Perak. Sekarang mereka sedang mengganggu pula Selangor, Pulau Pinang dengan kaedah yang sama. Tambahnya lagi.
Majlis berakhir jam 11.45
Tiada ulasan:
Catat Ulasan