SELAMAT DATANG

Selasa, 18 Januari 2011

Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang...

Dikutip dari

Foto Bumiputera Berjaya


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH... SALAM SEJAHTERA...SALAM PERJUANGAN... SALAM KEADILAN.. SALAM HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA...

Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, seorang tokoh muslimatnya - Normala Sudirman, 38 - didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.

Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, di kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS.

Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.

Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya.

Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.

Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.

Jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan.

Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.

Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.

Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya,” “Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," "Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," kata Tuan Guru Datuk Seri Abd Hadi Awang.

Para petugas akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tempat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat......TAKBIR!!!!..................

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails