
Majlis makan malam yang dianjurkan oleh Jentera Pilihanraya PAS Putrajaya adalah bersempena pelancaran JPrK dan telah dirasmikan oleh Naib Presiden YB Sdr Solahuddin Ayub. Selain itu program tersebut dilaksanakan adalah bertujuan mengumpul dana untuk menghadapi PRU 13 yang semakin hampir dan jelas ianya akan berlangsung dalam tempoh tempoh yang terdekat.
Dalam ucapan Ustaz Mohamad Nazir selaku YDP PAS Putrajaya menyatakan, "PAS Putrajaya ditubuhkan sejurus selepas PRU11 dan 4 tahun kemudiannya dalam PRU12 buat pertama kalinya Pas diamanahkan bertanding di Putrajaya dalam serba kekurangan pengalaman bahkan kewangan. Dalam PRU11 (2004) Parlimen Putrajaya dibentuk dan buat pertama kalinya kerusi Parlimen Putrajaya dipertandingkan. BN yg diwakili oleh Tengku Adnan ditentang oleh calon PKN (Hj Abd Rahman Osman - Tim. Presiden PKN) calon BN Tengku Adnan memperolehi 4086 undi manakala calon PKN mendapat 540 undi dgn majoriti 3546 undi daripada keseluruhan pengundi seramai 5338. Dalam Pilihanraya tersebut calon PKN hilang wang pertaruhan. ujarnya.

Meneruskan ucapan beliau menyatakan, "Bermodalkan RM1,500 yang terkumpul dalam Dana Pilihanraya pada ketika itu disamping bantuan dan sumbangan para penyokong walau pun dalam serbaserbi kekurangan, namun dengan keazaman dan kerja kuat para amilin dan petugas-petugas yang datang kita berjaya mengurangkan majoriti BN dan tidak hilang wang deposit."
Maka atas kesedaran dan pengalaman inilah maka kita bertindak lebih awal dengan melancarkan gerakkerja pilihanraya pada malam ini sebelum gendang pembubaran Parlimen dipalukan oleh Najib juga sekaligus berhasrat untuk mengumpul Dana sekurang2 RM50,000 sebelum pembubaran Parlimen. Sambungnya lagi.
Dalam ucapan perasmian dan pelancaran gerakkerja pilihanraya PAS Putrajaya itu juga Naib Presiden PAs yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Sdr Solahuddin Ayyub mengucapkan syabbas kepada PAS Putrajaya kerana bertindak awal melancarkan gerakan tersebut. "Walaupun hampir kesemua pengundi di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan yang terikat dan masih diselubungi budaya takut dan dalam serba kekurangan tetapi adalah tidak mustahil PAS akan berjaya menawan dan merampas kerusi Parlimen Putrajaya".
Beliau menambah lagi dengan katanya;"Siapa sangka dalam PRU12 yang lalu kita berjaya mengambil alih pemerintahan di 5 negeri dan pada ketika itu kita juga dalam serba kekurangan berbanding UMNO/BN. Dalam pilihanraya kecil DUN Tenang contohnya dikhabarkan BN akan memperuntukan RM40 juta pada hal kita dalam serba kekurangan." ujarnya.
Dalam majlis tersebut YB Sdr Solahuddin Ayub telah sudi menyerahkan watikah perlantikan kepada Tuan Hj Saad bin Daid selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PAs Putrajaya dan memakaikan vest kepada Tuan Hj Saad bin Said. Majlis bersurai disekitar jam 10.45 malam
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan