Sat Jul 11, 09 3:31:20 pm MYT

Beliau bersama tiga wakil zon parlimennya iaitu Zon Datuk Keramat, Pandan dan Kampung Baru telah diberi penerangan dan taklimat oleh Pakar Klinikal Jabatan Kecemasan, HKL, Dr Sazwan Reezal Shamsuddin.
Dr Sazwan telah membawa rombongan Dr Lo' Lo' melawat Wad Kecemasan sehingga ke khemah-khemah sementara yang didirikan di luar bangunan hospital bertujuan mengetahui perkembangan terkini kes influenza A(H1N1) di HKL serta di seluruh negara.
Rombongannya turut dibawa melawat ke wad-wad dan unit-unit pemeriksaan pesakit, termasuk Bilik Gerakan H1N1 oleh doktor berkenaan.
Sementara itu kata Dr Sazwan, sehingga 10 Julai lalu jumlah kes H1N1 sebanyak 627 kes yang terdiri daripada 456 kes import dan 171 kes jangkitan tempatan.
"Bagaimanapun setakat hari ini tiada kematian dilaporkan di negara ini," katanya.
Beliau juga berkata, pihak hospital sentiasa dalam keadaan bersiap sedia di mana para doktor dan petugas yang berada di bilik Gerakan H1N1 bertugas 24 jam.
Ujarnya, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada perlu diperkukuhkan.
Antaranya, beliau menasihat orang ramai yang mempunyai simptom H1N1, perlulah menutup mulut apabila batuk dan jika mengalami demam dan selesema digalakkan memakai topeng, selalu membasuh tangan dan sentiasa duduk di rumah.
Sementara itu, Dr Lo' Lo' yang dibawa untuk melihat suasana bilik menunggu di Wad Kecemasan berkata, beliau akan berusaha untuk menceriakan lagi lokasi itu.
"Insya-Allah, saya akan minta daripada korporat-korporat untuk mendapat TV dan sebagainya bagi menambahkan seri tempat ini dan tidak membosankan mereka yang menunggu di sini," katanya dan cadangan beliau sambil disambut baik oleh Dr Sazwan. - ES/mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan