
Beliau berkata, pertemuan seperti itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak berbincang secara terbuka dan dari hati ke hati mengenai
hubungan mereka. Pemimpin PKR memang menantikan peluang untuk bersemuka dengan Ketua Menteri supaya mendapat penjelasan secara langsung mengenai dasar dan tindakan kerajaan negeri ketika ini, katanya kepada Bernama, di sini.
"Kesediaan Lim untuk bertemu dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen (MP) dari PKR di Pulau Pinang boleh memulihkan
hubungan PKR dan DAP...saya ucap terima kasih," katanya.
Semalam, Lim menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan semua Adun dan MP dari PKR untuk berbincang mengenai masalah yang belum selesai.
Tindakan itu dibuat setelah hubungan antara PKR dan kerajaan negeri menghadapi masalah berikutan pemecatan ketua whip PKR, Johari Kassim sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana mengetuai pemulauan majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP yang baru, Mokhtar Mohd Jait, yang merupakan
seorang penjawat awam./ -- BERNAMA
2 ulasan:
Sudah tentu perbincangan adalah cara yang terbaik utk menyelesaikan sebarang masalah atau salah faham.
PR masih baru lagi. Lebihkan lagi pertemuan sudah tentu akan menbawa mufaat kepada semua pihak. Sikap bertolak ansur dan KEIKHLASAN mesti di tunjukan oleh SEMUA PIHAK. Opputinist di dalam mana2 parti PR mesti di singkir oleh ketua mereka sebelum lebih masalah di bangkitkan oleh mereka.
Saya doa dan ucap selamat berjaya kepada PR supaya negara diselamatkan dari bn/umno. Salam.
Tak perlu la minta bantuan Pusat utk mengambilalih Kampung Buah Pala . Duit yg digunakan nanti adalah duit rakyat yg datang dari berbagai negeri dan semestinya tidak dibelanjakan sesuka hati . Nanti ada hal dinegeri2 lain tindakan yg sama akan dituntut . Cuba selesaikan sendiri . Kalau kuat menyalak dan selalu menempelak orang lain dah tentu pandai menyelesaikannya . Gunakan kuasa yg ada sekarang dan lakukan tindakan yg lebih memberi manafaat kepada majoriti rakyat .
Catat Ulasan