SELAMAT DATANG

Jumaat, 10 Julai 2009

PPSMI : Kata Batal Tiada sangkut Paut Politik..??

Pemansuhan PPSMI mampu raih undi: Mustapa
KUALA KRAI: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mampu membantu Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata sokongan guru dijangka bertambah kerana sebahagian daripada mereka tidak menyokong pelaksanaan PPSMI sebelum ini.

"Dengan tindakan Kementerian Pelajaran untuk tidak meneruskan dasar PPSMI itu, kita berharap ia dapat membantu BN meraih undi dari golongan pendidik.

"Ramai guru yang membantah mengenai perkara ini dan kita berharap mereka berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan menunjukkan sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai ini," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN Manek Urai, dekat sini, hari ini.


Ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan tempoh untuk memartabatkan bahasa Melayu itu terlalu lama iaitu sehingga 2012, Mustapa berkata kerajaan perlu menyelesaikan satu kitaran iaitu selama enam tahun, bermula 2003 hingga 2008.

Katanya, kerajaan perlu membuat kajian kerana ia bukannya satu perkara kecil serta mudah kerana pada awalnya untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris.


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails