SELAMAT DATANG

Isnin, 15 Jun 2009

Apakah akan tertegak Negara Islam sekiranya PKR memerintah Malaysia ???

Email Terpilih; 13 Jun 2009

Aku lebih setuju sekiranya PAS bersendirian. Sekiranya PKR memerintah Malaysia:

(1) Ahli Parti Keadilah bukannya reti bab Ugama nie, dia org tu mcam orang UMNO gak.
(2) Parti DAP yang jelas menetang penubuhan NEgara Islam ...heran mcammana PAS boleh sekongkol dengan orang Kapiaq nie. Biarlah kita tak dapat memerintah negara Malaysia, tetapi Islam itu berdaulat dan mulia. Apa guna dapat memerintah Negara tapi Islam terpaksa bertolak ansur dengan Puak Parti Keadilah yang Jahil tentang Islam dan DAP yang jelas Kapiaq tu....Renung2kanalh

Din Melaka,

Kita kena melihat dari sudut yang lebih jauh lagi.

1 ) Antara lain kita sendiri tahu siapa orang-orang di dalam PKR ni. Ada beberapa kategori. Yang pertama adalah orang yang tak selari dengan ideologi UMNO dan join PKR. Yang kedua, muslim/non-muslim yang tak confident nak join PAS dan tak nak join DAP, so ambik yang tengah-tengah join PKR. Yang akhir sekali adalah mereka yang kecewa kerana tiada jawatan dalam UMNO, dan join PKR. Jadi dalam PKR itu sendiri ada banyak variasi ahlinya. Mungkin skop yang kita nampak tidak sama dengan skop pandangan orang lain. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mereka yang memimpin PKR, dengan bantuan dari PAS untuk mengenalpasti ciri-ciri mereka ini, dan cuba mentarbiyah mereka bagi memahami konsep perjuangan sebenar. Kalau tarbiyah pun tak boleh, suatu tindakan konkrit perlu diambil.

2) Kenapa DAP begitu menentang pembentukan negara Islam ? Saya melihat penentangan ini kerana mereka tidak faham konsep Islam itu sendiri. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada mereka ini ? Adakah JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri dan sebagainya ? Bagaimana bukan Islam melihat hudud seandainya pemimpin Islam sendiri mempertikaikan hudud, isu sup tangan la, isu potong sampai kaki la, isu itu dan isu ini. Bilamana orang Islam sendiri menentang hukum Allah, adakah kita boleh berharap yang orang bukan Islam akan menyokong hukum Allah ? Saya tekankan bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS dan pimpinan PKR dan DAP yang beragama Islam adalah bertanggungjawab untuk berdakwah kepada bukan Islam tentang agama Islam itu sendiri. InsyaAllah, kita mahu melihat negara Islam tertubuh di tanahair kita ini.

Wan.Zamzahidi@skf.com

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails