SELAMAT DATANG

Isnin, 15 Jun 2009

Indahnya Hujannn!

Alhamdulillah, hujan turun di sini tengahari tadi. Hujan rahmat Ilahi yang menghilangkan debu-debu jerebu.


Firman ALLAH SWT


هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً ۖ لَكُمْ مِنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ

يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالْأَعْنَابَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Maksudnya;

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lainmenyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya)kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamudengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggurdan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yangdemikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan ALLAH) bagikaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)


Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannyabersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpamenggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yangdilakukan oleh ALLAH bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya.

Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat ALLAH. Zat yangMaha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengaturkerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia ALLAH yang sangat besar yang dapat kita rasakan dankita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.

Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Janganlah menjadi begitu masin..

sehingga orang meludahmu..

Dan janganlah pula berlakuterlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails