Tujuan pendidikan dalam Islam secara amnya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Dinul Islam itu sendiri iaitu membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia, kesejahteraan abadi dan mendapat keredaan Allah di akhirat.
Hassan Langgulung (1986) menegaskan bahawa segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi adalah pendidikan menurut pandangan Islam dimana kelayakan manusia sehingga ia dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa ciri istimewa seperti:
1. Fitrah : Semula jadi manusia yang bersih daripada dosa.
2. Roh : Unsur yang membezakannya daripada makhluk lain.
3. Kebebasan kemahuan : Dapat menerima dengan kemahuannya sendiri amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain.
4. Akal : Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.
Dengan demkian, tujuan tertinggi pendidikan dalam Islam adalah untuk membina individu yang akan bertindak sebagai khalifah atau sekurang-kurangnya menempatkannya di suatu tahap menuju ke arah tujuan tersebut. Dalam hubunagn ini, Haron Din dan Rakan-rakan (1985) menyatakan : Manusia sebagai khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang bernama insan itu memang cocok dengan amanah yang diterima untuk dilaksanakannya.
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memiliknya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan. " ( Al Ahzab : 72 )
Kesimpulannya, pendidikan yang baik dan tulen ialah pendidikan yang berteraskan pada konsep tauhid, kerana dengan tauhid peribadi insan yang luhur dapat dibentuk, dengan paduan yang harmoni antara ilmu, budi, jiwa dan amal salih akan menjadikan sains dan teknologi yang menjadi asas pembangunan negara lebih terjamin manfaatnya kepada manusia dan alam keseluruhannya.
Jadi penilaian mengenai pendidikan dulu dan sekarang mestilah di sandarkan atas kepatuhanya terhadap tujuan pendidikan itu.. yang terbaik adalah yang berjaya membentuk pendokong dan pemimpin perjuangan islam yang berjaya dimasanya.. ini bermakna kita kena melahirkan generasi yang semakin baik.
disambung.. kendian.. insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan