Pendidikan zaman dulu dan sekarang tidak banyak bezanya kecuali perubahan subjek. Ini adalah pengamatan saya setelah melihat pendidikan anak dan pengalaman bersekolah pada zaman dahulu. Saya boleh katakan bahawa pendidikan di negara Malaysia memerlukan satu revolusi bukan saja dari pihak pendidik malah pihak ibubapa juga. Walaupun secara umumnya sistem pendidikan di Malaysia dulu dan sekarang tidak berapa baik, hasil negatif kurang menyerlah jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Mungkin pada waktu itu, pendedahan kepada gejala negatif kurang.
Setelah anak2 bersekolah di sekolah antarabangsa luar negara, saya dapati kelemahan sistem pendidikan Malaysia adalah seperti berikut;
1) Sistem pendidikan Malaysia menghukum anak2 yang tidak mendapat pencapaian baik dalam ujian tahunan di mana mereka dikumpulkan ke dalam kelas yang sama (kelas paling akhir la tu) pada tahun berikutnya. Bak kata orang putih, they are condemn to stupidity forever. Ini kerana dalam kelas tersebut ada yang memang tidak minat belajar dan menganggu hasrat mereka yang ingin berjaya tapi memerlukan lebih perhatian dari guru
2) Cara penyampaian bersifat satu hala di mana tidak ada ruang perbincangan
3) Guru2 memberi lebih perhatian kepada kelas teratas sedangkan yang memerlukan perhatian adalah kelas bawahan
4) Guru2 memberi lebih penekanan kepada penghafalan atau memori dan latihan bertubi2 dari memastikan pelajar memahami konsep atau asas sesuatu topik serta memberi sebab mereka perlu mempelajari sesuatu topik bukan hanya subjek. Contohnya, apabila cikgu mengajar topik elektrolisis, guru perlu memberi contoh aplikasi topik itu di dalam industri masa kini
5) Ibubapa tidak dipaksa untuk menandatangani kerja rumah anak2 mereka
6) Pihak sekolah tidak memanggil ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah dalam pelajaran mereka setiap penggal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan