KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Satu kongres pendidikan iaitu 'Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara' bagi menilai kembali keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara akan dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) pada 11 Julai di Auditorium D8, Putrajaya.
Program yang turut mendapat kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pejabat Mufti Negeri Perak itu diadakan sebagai titik permulaan bagi membangkitkan kesedaran yang lebih serius di pihak pemerintah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengangkat martabat pengajian Pendidikan Islam, yang dianggap sebagai kelas kedua dalam menjadi enjin pemulihan kebobrokan akhlak generasi muda.
Menurut Pengarah kongres, Siti Munawirah Mohd Roslan, program tersebut juga menjemput penyertaan daripada para ulama, intelektual, pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuh an gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, parti-parti politik, wakil institusi-institusi bukan Islam, pengajian tinggi awam dan swasta, mahasiswa serta orang perseorangan.
"Matlamat utama kongres ini adalah untuk membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara serta membetulkan pandangan umum (world-view) tentang pendidikan Islam yang sebenar," demikian ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan