SELAMAT DATANG

Isnin, 29 Jun 2009

Gerakan pertikai HUKUM ALLAH??? - Mana Tok Peti Harussani

Email dari teman,
Semoga Datuk Jamil Khir Baharom terus konsisten ...Amin...
2009/6/26 Ahmad Shahril

sahabat-sahabat sekelian....

Cuba lihat di mana integriti pemimpin Malaysia hari ini, bilamana PARTI GERAKAN komponen BN secara terbuka mempertikaikan HUKUM ALLAH yang di perakui oleh menteri UMNO sendiri boleh menangani masalah sosial semasa???? apakah kita masih bergantung kepada UMNO & BN untuk terus memerintah negara Malaysia yang tercinta ini??? fikirkan sahabat-sahabatku. ... semoga di depan Allah di akhirat kelak korang dapat menjawab betapa korang semua benci kepada mereka yang mempertikaikan hukum-hukum ALLAH!!!
______________________________________________________________

Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri

Jun 26, 09 3:19pm (MALAYSIAKINI)

Gerakan memandang berat kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Menurutnya, satu aspek hukum hudud ialah hukuman memotong tangan penjenayah yang mencuri atau meragut beg.

Lim berkata, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Katanya, ia termasukkan jenayah ragut di mana mangsa diseret dari motosikal mereka, mengakibatkan tercedera dan ada yang terbunuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana kerajaan memandang berat terhadap usaha untuk membanteras jenayah kecil dan besar di negara ini.

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails