SELAMAT DATANG

Khamis, 2 Julai 2009

Manek Urai -BN semakin uzur, Pakatan Rakyat kukuh perpaduan

Khamis, Julai 02, 2009

Kepentingan ikatan Pakatan Rayat untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka sebagai persediaan kepada matlamat untuk mengambil alih pemerintahan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat malam kelmarin menegaskan perkara tersebut dihadapan 5,000 hadirin.

"Pakatan Rakyat perlu menjadi satu pakatan yang matang untuk mentadbir negara.

Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "Kita perlu perkukuhkan perpaduan sesama kita kerana BN (Barisan Nasional) adalah sebuah parti yang semakin uzur".

Tambahnya, Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya menunjukkan bahawa BN sudah menjadi sebuah parti yang uzur, dan tidak mampu lagi untuk memimpin negara.


Jelas beliau, PAS sebagai sebuah parti yang bertunjangkan Islam amat mengutamakan perpaduan di kalangan umatnya namun tetap mengutamakan kesaksamaan kepada bukan Islam.

"Sebagai umat Islam kita perlu menunjukkan model perpaduan kerana Islammengajar erti perpaduan dan seterusnya menegakkan kesaksamaan.

"Walaupn orang itu musuh kita, tetapi Islam menuntut kita untuk berlaku adil kepada mereka.

"Malam ini membuktikan kejayaan yang besar dan kita berharap ia dapat memberi isyarat bahawa rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Turut berucap pada perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails