SELAMAT DATANG

Sabtu, 4 Julai 2009

UMNO GEMBIRA DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DI KEDAH


E-MAIL PILIHAN DARI; air_strike101@yahoo.comSalam,

Semasa UMNO memerintah Kedah, pimpinan UMNO tidak berani merobohkan rumah sembelihan babi walaupun telah beroperasi selama lebih dari 30 tahun tanpa lesen. Persoalannya mengapa kerajaan UMNO pada masa itu gagal dan enggan mengeluarkan lesen bagi menghalalkan rumah penyembelehan babi itu. Malangnya apabila PAS berkuasa dan mengambil tindakan merobohnya, bukan main lantang beberapa pimpinan Menteri-menteri UMNO diperingkat Persekutuan dan juga pimpinan UMNO di peringkat negeri Kedah menyuarakan bantahan, kritikan dan menyokong tindakan DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah.

Tujuan mereka ialah untuk memporak perandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan kemudian akan menjalankan misi jahat mereka dengan merancang rampasan kuasa sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO/Bini Najib (BN) di Perak. Inilah sebenarnya niat jahat mereka yang tamakan kuasa.

Tindakan Kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS itu sewajarnya mendapat sokongan oleh pimpinan UMNO, bukannya menempelak kerajaan negeri. Jika mereka telah gagal melakukan semasa mereka berkuasa dahulu kerana takut dan terpaksa tunduk kepada kaum Cina yang diwakili oleh MCA dan Gerakan, setidak-tidaknya mereka berdiam diri dan jangan ikut campur mengkritik atau menempelak tindakan kerajaan Kedah; walaupun isu ini boleh menguntungkan politik UMNO. UMNO sewajarnya lebih mementingkan dasar dan prinsip agama yang kononnya UMNO mendakwa terlibat secara aktif menjunjung, mempertahankan dan membela agama Islam.

Namun dalam kemelut isu ini, pimpinan UMNO bertindak sebaliknya dengan lebih mengutamakan dan mendahulukan manfaat politik melebihi dari mengagungkan agama. Adakah ini termasuk dalam dasar Islam Hadhari yang diilhamkan oleh Tun Abdullah, mantan PM dan Presiden UMNO dan difahamkan kini Islam Hadhari sedang diberi nafas baru puila sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri di JPM, Senator Maj Gen (B) Datuk Jamil Khir yang bertanggung jawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam.

Jika demikian dasar dan matlamar UMNO, maka sebaiknya Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Maj Gen (B) Datuk Jamil Khir seharusnya mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian UMNO dan kerajaan Persekutuan mengenai kemelut ini. Manakala Timbalan Menteri di JPM, YB Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang juga berasal dari Sik, Kedah juga perlu menyatakan pendiriannya. Mereka berdua ini adalah tokoh ilmuan agama UMNO yang amat dihormati.

Jika YB Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyatakan pendirian bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak seharusnya merobohkankan rumah sembelihan babi yang tidak berlesen itu kerana perlu menghormati keperluan dan sensiviti kaum yang bukan beragama Islam, maka kita akan akur dengan pendirian itu. Namun, kerajaan Negeri Kedah yang diterjui oleh PAS disarankan agar mengeluarkan peruntukan bagi membena satu rumah sembelahan babi yang diluluskan lesennya di kawasan yang berhampiran dengan rumah keluarga YB Senator Dr Mashitah Ibrahim sebagai balasan akan keikhlasan dan pendiriannya dalam membela kaum yang bukan beragama Islam.

Demikian juga bagi pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Kedah yang lain yang mengkritik tindakan kerajaan Kedah seperti Timbalan Perhubungan UMNO negeri Kedah dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadhir Khalid. Oleh kerana mereka menyuarakan kritikan akan tindakan merobohkan rumah sembelehan babi tersebut, maka disarankan agar Kerajaan Negeri Kedah turut mengeluarkan peruntukan bagi membena beberapa rumah sembelehan babi berhampiran dengan rumah-rumah mereka atas kapasiti dan premis mereka yang menyokong tindakan DAP tersebut. Maka kita akan dapat melihat sejauh mana keikhlasan mereka membela DAP dan kaum bukan Islam itu atau hanya sekadar mahu meraih sokongan politik dari kaum Cina itu untuk mengambil aleh kuasa di Kedah.

Bagaimana reaksi penyokong-penyokong , ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO akan saranan di atas,. sanggupkah kerajaan Negeri bena rumah sembelehan babi berhampiran dengan rumah-rumah kediaman mereka. Atau sengaja bersandiwara mahu mengkritik untuk meraih sokongan politik dari kaum Cina semata-mata. Bukankah UMNO melaung-laungkan cogan kata memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Dalam lagu UMNO pun ada senikata sedemikian. Melaung dan menyanyi sahaja lah yang kuat, tapi kote lembik, tak berani merobohkan walaupun telah berkuasa lebih 50 tahun......

Kerajaan PAS di Negeri Kedah tidak akan rugi apa-apa di atas tindakan DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Malah lebih menguntungkan kerana PAS lebih selesa menjalan dasar dan mentadbir kerajaan negeri tanpa pengelibatan DAP yang ibarat duri dalam daging. Selama ini pun UMNO sering mendakwa dan menjaja yang PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Maka episod sedemikian dengan sendirinya menyangkal akan dakwaan dan tohmahan UMNO ini.

Syabas dan tahniah kepada YB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Dr. Azizan. Semuga negeri Kedah terus mendapat rahmat dan kemakmuran di bawah pemerentahan kerajaan PAS.

Sekian dan wassalam,
para_jump101


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails