SELAMAT DATANG

Sabtu, 4 Julai 2009

Perang Dunia Telah Berlaku

Posted on Friday, July 03 @ 01:30:00 PDT by TokPenghulu
Oleh: Merong

Penulisan kali ini adalah untuk merungkai masaalah-masaalah berkaitan pemahaman kehidupan yang banyak membelengu umat Islam di seluruh dunia akibat daripada lari dari konsep menjunjung Islam itu sendiri.

Kehebatan Rasullulah sebagai rasul terakhir dan para sahabat adalah menubuhkan empayar khalifah berteraskan Tauhid di seluruh dunia tidak terkecuali Nusantara. Melalui sistem ekonomi, Islam berkembang, melalui sistem kefahaman Tauhid Islam berkembang dan melalui sistem kemasyarakatan Islam berkembang.

Pada dasarnya Islam berkembang melalui sistem-sistem yang telah diasaskan oleh Rasullulah. Tetapi sistem-sistem ini gagal difahami secara jelas dikalangan umat Islam kini. Apabila berlakunya perbahasan diantara Islam lebih kepada perbahasan Hukum Islam atau politik daripada perbahasan mengenai Kaedah Menjadi Seorang Islam.


Sebagai Umat Islam diantara peringkat kaedahnya adalah :

1. Mengenal Tauhid kepada Allah

2. Mengenal Sejarah Perjuangan Tauhid.

3. Mengenal Sistem-sistem Didalam Mempercayai Ke Tauhidan.

4. Mengenal diri sebagai Hamba Allah.

Kesemua peringkat kaedah ini telah diasaskan oleh Rasulullah tetapi malangnya secara umumnya Umat Islam kini hanya memahami atau berbahas mengenai Islam perihal kaedah yang ketiga sahaja.

Mengapa ini terjadi adalah kerana TERHAPUSNYA SISTEM KHALIFAH dimuka bumi ini secara perlahan sejak 800an lagi. Sistem khalifah yang diasaskan oleh Rasullulah terhapus melalui cara peperangan atau kaedah kaedah sistem yang diasaskan oleh Kafir Yahudi dan Nasrani. Khalifah yang terpilihlah yang menjaga atau mempastikan kaedah-kaedah itu terpelihara. Hancurnya khalifah umat muslim seperti seorang isteri kematian suami atau anak-anak kehilangan ibu bapa.

Apabila terhapusnya sistem khalifah mereka mula bergerak untuk menghapuskan Islam Sejati. Ini berlaku melalui menanamkan sifat Cinta Dunia di dalam hati Umat Islam. Apabila sifat Cinta Dunia ini berjaya ditanamkam maka lahirlah generasi yang penakut. Manusia yang penakut selalunya dilihat sebagai manusia yang terlalu banyak memberi alasan apabila tuntutan tauhid diperlukan.

Pelbagai kaedah diwujudkan oelah Yahudi Nasrani untuk melemahkan umat Islam.

1. Peperangan memilih pemimpin. Yahudi Nasrani mengerti kaedah Islam memilih pemimpin adalah yang terbaik iaitu melaui kaedah Syura dikalangan Ulama dengan syarat Islam perlu dominan. Tetapi mereka mewujudkan sistem demokrasi. Satu Dunia seolah-olah wajib praktikkan demokrasi.Mereka yang cukup umur sudah layak memilih pemimpin tanpa menyukat ilmu dan ketakwaan mereka. Maka apabila pemimpin dipilih oleh mereka yang majoritinya kurang ilmu, lahirlah pemimpin yang juga kurang ilmunya. Apabila pemimpin dipilih oleh mereka yang majoritinya sukakan hiburan, maka lahirlah pemimpin yang sukakan hiburan. Masyarakat berpecah sesama sendiri akibat fahaman politik yang pelbagai. Manusia lebih banyak berbicara soal politik tetapi tidak menbincangkan soal ketauhidan Allah

Cuba bayangkan apakah akan terjadi jikalau Jawatan Mursidul Am PAS di Demokrasikan ?
2. Peperangan melabelkan manusia mengikut ilmu atau sumbangan yang di iktiraf mereka seperti Dato’, Tan Sri, Sir, Professor, Dr. Mereka seolah-olah mewujudkan ilmu yang BERHAK di ikuti hanya di punyai oleh golongan ini. Hanya Tan Sri cakap betul orang lain tidak betul. Hanya Dr orang pandai didalam semua hal…orang lain kurang pandai. Maka terhapuslah sistem musyawarah didalam memperbahaskan ilmu. Maka hilanglah sistem perhambaan diri kepada Allah kerana unsur riak ditanamkan disini

3. Peperangan menguasai minda manusia melalui penjenamaan seperti menghasilkan produk yang pelbagai mengikut kelas-kelas penjenamaan manusia. Contohnya Mercedes untuk Datuk dan Datsun untuk pesawah padi. Banglo untuk Tan Sri, Kos rendah untuk penoreh getah. Pergaulan didalam masyarakat pula mengikut jenis-jenis rumah atau jenis-jenis kereta. Maka hilanglah sistem perhambaan diri kepada Allah kerana unsur riak ditanamkam disini.

4. Peperangan pemecahan ilmu kepada kelas-kelas tersendiri seperti wujudnya sesuatu ilmu hanya dimilikki oleh seseorang sahaja. Dr Fizik, Dr Kimia, Dr Perubatan. Sedangkan untuk lebih mempertingkatkan tauhid, kita perlu mempelbagai ilmu kita supaya kita lebih hampir mengenal Allah.

5. Peperangan menguasai jiwa Muslim melalui kaedah ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis kesemuanya berdasarkan Hutang. Tanpa berhutang ekonomi dunia kaku. Apabila manusia berani berhutang ekonomi dunia melonjak tetapi tanpa kita sedari Jiwa Muslim seolah-olah telah diletak di Pajak Gadai. Mulut terkunci, tindakkan terbatas kerana jiwa muslim telah digadaikan kepada pajak-hutang. Apabila majikan tidak benarkan berhari-raya…..muslim hanya mengikut sahaja kerana di mata terbayangkan hutang. Jika melawan majikan mengambil tindakkan. Tetapi tanpa disedari Roh Islam itu sendiri berkurangan akibat tidak menyambut Aidilfitri. Tahun demi tahun masyarakat muslim itu sendiri lemah.

6. Peperangan penghapusan sejarah. Muslim tidak kuat jika Buta Sejarah atau tersilap memahami sejarah. Maka wujudlah badan-badan sejarah diserata negara didunia kononnya untuk menggalakkan manusia memahami sejarah. Malangnya Sejarah yang penuh tipu muslihat. Maka terhasillah Umat Islam tanpa sejarah, seolah-olah seorang anak yang hidup tetapi tidak tahu asal usul keturunannya.

Jikalau kita muhasabahkan kaedah kaedah yang di wujudkan ini, tujuannya adalah satu…untuk melemahkan tauhid umat silam melalui perpecahan masyarakat, perpecahan kepercayaan dan perpecahan pendapat. Kita sepatutnya lebih berbahas bagaimana untuk mempertingkatkan tauhid kita kepada Allah atau mendominasikan Islam di sesebuah Negara tetapi mereka reversekan minda kita untuk berbahas perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan tauhid atau Islam.

Kalau hendak berkawan…carilah kawan yang suka berbicara tentang Islam. Kalau berkawan dengan manusia yang lebih mementingkan dunia lama kelamaan kita juga akan menjadi seperti mereka. Kalau berkawan dengan kaki motor..lama- kelamaan kita juga akan merempit. Kerosakkkan atau kebaikkan di dunia dilihat sepertimana kata pepatah Sedikit sedikit Lama lama menjadi bukit. Jikalau menjadi bukit uhud tidak mengapa, dikuatiri menjadi bukit Gondol.

Itu diantara contoh peperangan yang diwujudkan oleh Yahudi Nasrani untuk melemahkan Islam. Apabila lemah TAUHID umat Islam diseluruh dunia maka bersedialah Yahudi untuk menyambut ketua mereka, The One Eye…Dajjal.


Kepada Umat Islam yang memahami peperangan ini terserahlah bagaimana untuk reversekan kaedah mereka….wallahualam


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails