.jpg)
Bermula dari Klinik Kesihatan Putrajaya, mask-mask tersebut juga diedarkan kepada orang ramai di Medan Selera Presint 8 dan Presint 9, Pasar Malam Presint 2, Wad Kecemasan Hospital Putrajaya dan juga Alamanda Putrajaya. Turut diedarkan adalah risalah menyedarkan orang ramai tentang bahaya H1N1 dan langkah pencegahannya. Program edaran mask tersebut diketuai oleh YDP PAS Kawasan. Turut serta Sdr Roshidi bin Wahab selaku Setiausaha PAS Kawasan, Ketua Pemuda dan AJK Kawasan.
.jpg)
Walaupun difahamkan bahawa pihak Hospital Putrajaya ada membeli sejumlah 'mask' dan diedarkan kepada pesakit, ianya habis dalam beberapa hari sahaja dan tidak mencukupi. Sepatutnya Kementerian Kesihatan lebih pro-aktif dengan menyediakan 'mask' tersebut sekurang-kurangnya kepada setiap pengunjung hospital dan klinik kerajaan.
Walaubagaimanapun seorang staf hospital yang ditemui kemudian menjelaskan bahawa ini adalah sebenarnya 'syif' antara Klinik Kesihatan(7.30 pagi hingga 12 tengahari) dan Wad Kecemasan (dibuka 12 tengahari) dan hanya untuk Hari Sabtu sahaja.
Pengurusan Alamanda Tidak Prihatin H1N1
PAS Putrajaya berasa amat kesal terhadap tindakan pihak pengurusan Kompleks Membeli-belah Alamanda, Putrajaya menghalang pengedaran 'mask' bagi mencegah penularan wabak H1N1.
Pemakaian 'mask' adalah salah satu cara pencegahan wabak tersebut dan PAS Putrajaya merasa amat prihatin dan mengambil inisiatif membeli sendiri dan mengedarkannya kepada orang ramai di beberapa tempat di Putrajaya termasuk di Alamanda.

PAS Putrajaya merasakan sepatutnya isu ini dilihat dalam konteks kepentingan umum, bukan politik semata-mata. Kami juga kesal dan melihat seolah-olah sebagai parti politik, pihak Alamanda melihat PAS sebagai sebuah parti yang tidak sepatutnya dilayan sebagai rakyat Malaysia yang ingin sama-sama membangunkan dan menyelamatkan negara, mungkin ada unsur-unsur politik lawan yang menyebabkan mereka bertindak demikian, WaLlahu A’lam.
/arw
Tiada ulasan:
Catat Ulasan